Segala tindakan yang dilaksanakan oleh Pemerintah Komunis Republik China merupakan suatu tindakan yang bercanggah dengan hak asasi manusia yang bebas mengamalkan kepercayaan agama. Kalau ditinjau dari sudut sejarah, Laksamana Cheng Ho seorang Muslim merupakan Negarawan China yang telah menjayakan misi diplomasi hingga ke seluruh dunia melalui Ekspedisi Kapal Laut. Menurut catatan Ibn Battutah pula, Pemerintah China ketika itu sangat mengalakkan kehadiran Muslim ke kota mereka. Malah komuniti Muslim ketika itu mempunyai kota khas yang diduduki oleh orang Islam. Tiada sengketa yang berlaku dan perdagangan berlaku dengan rancang di kalangan orang Islam. Ramai pembesar China dilantik dari kalangan orang Islam.
Sewajarnya, Pemerintah belajar daripada pengalaman lalu dalam melaksanakan dasar negara. Kini sudah masuk abad ke 21 dengan keadaan dunia tanpa sepadan sepatutnya tiada sebab untuk mengusik sensitiviti umat Islam. Jika dasar ekonomi China sudah menggunakan sistem terbuka sangat tepatlah untuk pemerintah implimentasikan dasar yang sama bagi urusan pemerintahan. Kepada umat Islam di China, cekalkan jiwa untuk meneruskan Ramadan dalam suasana 'Ramadh' yang bermaksud panas.

No comments:
Post a Comment