Sunday, September 6, 2009

Persiapan Kempen & Pameran Selamatkan Dunia Baru Lancar

Oleh Mohd Kamarul Zaman

Bestari Jaya, 6 September 2009 - Unit Kajian, Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel akan mengadakan Kempen dan Pameran Selamatkan Dunia Baru pada 8-11 September 2009 bertempat di Perpustakaan, Unisel. Temanya ialah "Kehidupan Ini Untuk Semua". Persiapan untuk kempen tersebut berjalan lancar seperti yang diharapkan. Antara persiapan yang telah dilakukan ialah membuat kain rentang, risalah, bahan pameran, soalan kuiz, dan sebagainya. Menurut pengarah program ini iaitu Saudara Mohd Izuwan Azim Bin Kamarulzaman merangkap Ketua Unit Kajian GPTD UNISEL, " Saya berharap agar semua warga kampus unisel ini dapat memberi sokongan dengan mengunjungi kempen dan pameran Selamatkan Dunia Baru agar matlamat tema 'Kehidupan Ini untuk Semua" bersemadi dalam jiwa para mahasiswa dalam menjaga kehidupan kampus kita ini." katanya.

Menurut Saudari Noor Ashiqin Binti Jusoff Albar salah seorang sukarelawan daripada Fakulti Pendidikan & Pengajian Bahasa berkata, "Wake up and smell the coffee. Go green! This is a movement that everyone should consider. It's a 'together' movement. If we don't do it, who will?". Aktiviti di sepanjang penganjuran kempen & pameran seperti Ceramah Kesedaran Polistrina, Kuiz berdasarkan pameran, mengumpul tandatangan sokongan, tayang filem The Day After Tomorrow, yang memaparkan kemusnahan dunia akibat pemanasan global.


- Unit Media

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails