Friday, September 11, 2009

Aktivis Kemanusian dizalimi pihak berkuasa Mesir

Ampang, 11 September 2009 - GPTD UNISEL memandang serius isu seorang aktivis kemanusian yang telah dizalimi oleh pihak berkuasa Mesir. Mejar (B) Azlan Mohamad Sharif merupakan aktivis utama Global Peace Mission (GPM) ditahan ketika ingin menghulurkan bekalan bantuan yang telah disumbangkan oleh seluruh rakyat Malaysia kepada masyarakat Gaza. Rentetan itu usaha GPM telah menyerahkan memorandum kepada kedutaan Mesir di Kuala Lumpur amat di sokong oleh GPTD UNISEL. Kandungan memorandum menuntut pihak berkuasa Mesir, membentuk badan-badan kemanusiaan antarabangsa untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh penduduk GAZA menerusi sempadan MESIR-GAZA.

Penyerahan Memorandum ini di Kedutaan Mesir, turut menyaksikan 3 wakil GPM, Tn Hj Ahmad Azam, Tuan Hj Nur Anwar Hashim dan Mejar (B) Azlan sendiri pergi menemui pegawai kedutaan Mesir untuk menyuarakan bantahan secara langsung berhubung isu penahanan Mejar (B) Azlan dan halangan yang di hadapi para petugas kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan ke GAZA menerusi sempadan Mesir-GAZA. GPTD UNISEL menasihatkan kepada semua aktivisnya agar tetap kental walaupun menghadapi halangan semasa menabur bakti di luar negara.

- Unit Media

http://www.gpm.com.my/

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails