Monday, July 6, 2009

Rasional

Sejarah dan peninggalan tamadun dunia masa lampau masih kekal dan wujud. Ini berikutan peninggalannya yang berkurun lama masih dipelihara dan dipulihara oleh satu generasi ke generasi yang lain. Daripada kesan peninggalan tamadun dunia yang masih wujud kini, dapat kita perhatikan dan mengkaji pelbagai aspek pembangunan dan peradaban sesebuah tamadun tersebut. Perkembangan sesebuah tamadun dapat kita kaitkan dengan budaya ilmu atau tradisi ilmu yang menjadi budaya dan amalan sesuatu bangsa. Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagian individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa atau umat. Hal ini dapat kita kaitkan dengan kehidupan sebagai mahasiswa di institusi pengajian tinggi terutamanya di UNISEL. Tujuan yang utama pembudayaan ilmu dalam konteks mahasiswa ialah untuk mencapai kejayaan dan kekuatan individu dan kumpulan sosial.

Kerajaan Malaysia telah menyarankan semangat integrasi antara kaum demi mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia. Oleh itu GPTD merupakan salah sebuah pertubuhan yang akan mendorong dan menggalakkan semangat integrasi antara kaum dikalangan siswa dan siswi unisel untuk bertukar buah fikiran dan budaya masing-masing. Merujuk kepada dasar Malaysia yang mana telah dinyatakan secara jelas perpaduan nasional adalah satu cara mengukuhkan semangat dan kerjasama di antara semua kaum mahasiswa IPT.

Oleh yang demikian, rasional penubuhan GPTD adalah sebagai medan dalam mewujudkan dan memupuk budaya ilmu di kalangan mahasiswa, membina semangat integrasi, melahirkan intelektual mahupun cerdik pandai dan meningkatkan martabat serta memperkenalkan Universiti Industri Selangor sebagai salah sebuah insitut pengajian swasta yang berprestij, profesional dan berkualiti dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails