Saturday, June 19, 2010

CCTV dibantah penduduk Islam di Britain

London, 18 Jun 2010 - Satu operasi pengawasan melibatkan lebih 200 kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi dihuni majoriti penduduk Islam di Birmingham, bandar raya kedua terbesar Britain, semalam ditangguhkan selepas mendapat bantahan daripada penduduk setempat, lapor pihak berkuasa.

Ketua anti-jenayah berkata, kamera-kamera itu tidak akan diaktifkan di Birmingham, selepas satu dakwaan mengatakan pihak berkuasa anti-keganasan terlibat dalam pemasangan peralatan tersebut.

Pendedahan itu menimbulkan dakwaan bahawa kawasan berkenaan dilabelkan sebagai 'satu lokasi kejiranan yang banyak berlaku keganasan'.

Pihak berkuasa mengumumkan, beg plastik akan diletakkan pada lebih 218 kamera bagi memastikan pergerakan penduduk tidak dirakam.

Menurut pihak berkuasa, satu rundingan dengan penduduk tempatan perlu dilakukan di kawasan kamera diletakkan yang melibatkan dua daerah.

"Kami percaya adalah wajar untuk memberi penduduk tempatan hak menyatakan pendapat mereka," kata polis, majlis bandar raya dan sebuah agensi anti-keganasan dalam satu kenyataan bersama tentang rancangan pengawasan itu yang digelar Project Champion.

Kenyataan itu menambah, pihak bertanggungjawab seharusnya lebih berterus-terang tentang peranan operasi pengawasan anti-keganasan pihak berkuasa, yang membiayai projek berkenaan.

Seorang penggubal undang-undang tempatan, Tanveer Choudhry menyelar inisiatif itu dengan memberitahu akhbar The Birmingham Post bahawa kelengkapan pengawasan perlu dialihkan sehingga satu rundingan selesai dijalankan.

"Kawasan ini telah dilabel sebagai satu lokasi keganasan. Polis perlu mengalihkan kamera berkenaan sehingga mereka selesai berunding dengan penduduk tempatan," katanya. - AFP


Sumber : Utusan

Angka kematian di Kyrgyzstan 10 ganda banyak

Moscow, 18 Jun 2010 - Jumlah kematian akibat keganasan etnik yang melanda Kyrgyzstan mungkin sepuluh kali ganda lebih banyak daripada yang dilaporkan, kata pemimpin kerajaan sementara, Rosa Otunbayeva hari ini.

"Jumlah kematian yang dilaporkan iaitu sebanyak 191 sepatutnya didarab dengan 10 bagi mendapatkan jumlah kematian sebenar.

"Ini kerana jumlah kematian yang sangat tinggi dicatatkan di beberapa kawasan perkampungan selain kepercayaan penduduk tempatan yang memerlukan jenazah dikebumikan sebelum matahari terbenam," katanya kepada akhbar harian Rusia, Kommersant.

Menurut laporan terkini yang dikeluarkan kerajaan Kyrgyzstan, angka kematian adalah sebanyak 191 orang manakala 1,971 dilaporkan cedera dalam keganasan etnik terburuk yang pernah melanda negara ini dalam tempoh 20 tahun itu.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kira-kira 400,000 orang menjadi mangsa dalam keganasan itu dan pasukan bantuan antarabangsa sedang giat menghantar bantuan. - AFP


Sumber : Utusan

Kenapa Yahudi bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awalmengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell compter, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gens bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70 cents !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :
Adibah Mohd Noor
Matriculation Lecturer
Department of Sciences
UIA Matriculation Centre
PJ, Selangor.

Friday, June 18, 2010

Firman : beroleh pahala dua kali ganda

"Mereka itu akan beroleh pahala dua kali ganda disebabkan kesabaran mereka dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan serta mereka menderma daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka."

Surah al-Qasas, ayat 54

- Unit Pembina

Wednesday, June 16, 2010

Hadith : Sebaik-baik manusia

"Sebaik-baik manusia ialah (kaum Muslimin yang hidup) pada kurunku, kemudian diikuti oleh kurun yang selepas mereka kemudian diikuti oleh kurun yang selepas mereka."

Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad

Tuesday, June 15, 2010

Jom Puasa Rejab

Hari ini sudah masuk 4 Rejab 1431H. Sudahkah kita berpuasa sunat? Ya, ianya bukanlah suatu kewajiban tetapi ia digalakkan oleh Rasulullah. Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya menyifatkan Nabi SAW sendiri pernah menegaskan bahawa rejab itu adalah bulan Allah. Iaitu bulan Ahlullah. Dan dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu Ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.” (al-Qurtubi, Jami’ Ahkam al-Qur’an, hlm 326 juz 6). Maka rebutlah kesempatan yang ada untuk melatihn diri sebelum bertemu Ramadan.

Kita sering mendengar "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku ". Walaupun ada pertikaian terhadap hadis ini oleh Al-Iman Ibnu Jauzi, Imam Al-Suyuti, dan Al-Hafiz Ibnu Hajar yang menyatakan palsu tetapi memetik kata-kata Imam Nawawi: "Dan tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan rejab, dan tidak ada juga satu hadis yang melarangnya, tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat, - yakni setiap masa –". Maka berpuasalah.

Daripada membahaskan tanpa kesudahan lebih baik diteladani hikmah berpuasa yang perlu difikir dan direnung. Puasa bukan sekadar menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Tetapi semangat puasa perlu sentiasa kita suburkan dalam kehidupan kita. Bagaimana? Kebiasaannya apabila puasa, kita akan menjaga percakapan daripada berbual kosong dan bergosip. Malah jika ada tanda-tanda untuk bergaduh dan sebagainya, kita diajar untuk mengungkapkan "sesungguhnya saya sedang berpuasa". Ini supaya kita bersabar dan meninggalkan perkara yang tidak mendatangkan manfaat.

Pandangan kita juga akan diredupkan daripada melihat daripada perkara-perkara haram. Pendengaran kita dipelihara daripada mendengar fitnah dan adu domba orang sekeliling. Kita akan melangkahkan kaki ke surau/masjid untuk solat berjamaah. Bertilawah al-Quran dan menghayati tafsirannya. Bersungguh-sungguh kita melakukannya di dalam bulan Ramadan. Sebaliknya sebaik sahaja mendengar pengumuman esok raya. Malam raya sudah kita lupa untuk bertakbir dan menangisi Ramadan yang ingin meninggalkan kita.

Sebaiknya kita kena berada dalam semangat berpuasa atau berpegang kepada prinsip puasa dengan menggunakan pendengaran, penglihatan dan hati untuk beribadah kepada Allah SWT. Maka, insya Allah tiadalah penyelewangan amanah dan kemaksiatan yang berlaku walaupun bukan bulan Ramadan atau berpuasa sunat.

- Unit Pembina

Kempen #8 : Bicara Biar Jelas



Contoh : "Solat ni tak payah", kata seorang ustaz kepada anak muridnya.

Pendengar Negatif : Tak perlu solat.
Pendengar Positif : Solat ini tak susah.

Friday, June 11, 2010

Khidmat aktivis GPTD @AYATA

Meru, 10 Jun 2010 - Aktivis GPTD Unisel, Sdr Muhammad Annuar dan Khairul Anwar telah turun ke lapangan bersama-sama Anak Yatim Tak Bai (AYATA) di Maahad Tahfiz ABIM di sini. Program ini dianjurkan oleh Global Peace Mission dan Angkatan Belia Islam Malaysia. Selama lima hari bermula 6-10 Jun 2010 dan anak yatim seramai 20 orang berkampung di sini untuk mengikuti program intensif bahasa Inggeris dan motivasi jatidiri. Sdr Muhammad Annuar yang merupakan Timbalan Presiden GPTD Unisel telah menjadi sukarela fasilitator sepenuh masa demi membantu menjayakan program ini.

Anak-anak yatim sangat gembira dengan aktiviti yang dilaksanakan. Program ini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang mengikut keperluan. Atas rasa tanggungjawah, GPTD Unisel merancang untuk melaksanakan khidmat pendidikan di sana dalam beberapa bulan lagi. "Program akan bertumpu kepada khidmat pendidikan ICT", kata Penasihat GPTD Unisel, Sdr Izwan Suhadak.

Sila lihat Galeri

-Unit Media

Tuesday, June 1, 2010

Konvoi Flotilla Di Serang Israel: Rumah Putih Kecewa

31 Mei 2010 – Rumah Putih menyampaikan rasa “sangat kecewa” atas kehilangan nyawa dan kecederaan terhadap aktivis konvoi Flotilla setelah Israel menyerang konvoi tersebut di perairan antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza, sehingga menyebabkan kematian. “Amerika Syarikat sangat menyesali sehingga hilangnya nyawa dan kecederaan yang dihadapi, dan saat ini kami berusaha untuk memahami situasi sekitar tragedi ini,” kata juru bicara Rumah Putih, William Burton. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengarahkan penyiasatan penuh dan merasa terkejut atas tindakan Israel menyerbu dan membunuh aktivis konvoi tersebut.

“Sangat penting untuk kita adakan kajian penuh bagi menentukan dengan tepat bagaimana pertumpahan darah boleh berlaku. Saya percaya Israel perlu memberikan penjelasan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara Uganda Kampala. PBB mengutuk keganasan terhadap orang awam di perairan antarabangsa. Perancis menjadi Negara Eropah pertama yang memberi respon terhadap kejadian tersebut. Menteri Luar Negeri Perancin, Bernard Kouchner mengatakan beliau “sangat terkejut”.

Ramai aktivis yang berada di atas kapal-kapal bantuan tersebut adalah warganegara Eropah dan penganalisis telah menjangkakan respon diplomatik yang amat keras dari Kesatuan Eropah dan negara-negara anggotanya terhadap Israel. Kesatuan Eropah menuntut kajian sepenuhnya di buat. Jerman juga menyatakan kejutannya dengan tindakan Israel. Jerman adalah salah satu sekutu paling setia Israel, mempersoalkan apakah tindakan yang diambil oleh pasukan komando Israel bersikap profesional. Kementerian luar negeri Greek dalam kenyataan rasminya hari ini mengatakan, mereka sudah memanggil Duta Besar Israel dan menuntut laporan “segera” laporan atas nasib sekitar 30 warga Greek yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan itu.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Greek memutuskan untuk menarik diri dari latihan ketenteraan bersama dengan Israel sebagai bentuk protes atas serangan Israel terhadap konvoi tersebut. Sehingga saat ini, dilaporkan 20 orang telah terbunuh dan lebih dari 30 orang cedera setelah Israel menyerang konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza seperti peralatan pendidikan, peralatan perubatan, bahan makanan dan bahan pembinaan.

Sumber : Haluan

Monday, May 31, 2010

Kenyataan Media : Lifeline 4 Gaza



KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010
GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.
6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.
7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.
10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.
Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi

Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Thursday, May 20, 2010

Manfaatkan Masa



Kepemimpinan GPTD Unisel ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat bercuti semester. Manfaatkan masa dengan aktiviti bersama keluarga dan masyarakat. Jangan lupa baca buku yang mencerahkan minda. Jumpa lagi semester hadapan. wassalam.

Sunday, May 16, 2010

Hari Guru 2010 : Terima kasih cikgu



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Sempenan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa, kepemimpinan GPTD Unisel merakam ucapan terima kasih kepada guru, ustaz, mursyid yang telah memberi tunjuk ajar sehingga kami, anak-anak muda berani menegakkan kebenaran dan keadilan atas dasar keilmuan.



MUHAMMAD IZZAT CHIAIRIL ANUAR
Presiden

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Belia 2010

Kepemimpinan GPTD Unisel ingin mengucapkan Selamat Hari Belia pada 15 Mei 2010. Semoga sambutan ini akan memgobarkan semangat anak muda untuk terus menjadi jurubicara masyarakat. Harapnya lebih ramai lagi yang akan bersama-sama pertubuhan belia dalam mengembangkan potensi diri dan memberi khidmat kepada ummat.



HDARIYANI KAMPUN

Setiausaha
Grup Pengkaji Tamadun Dunia
Universiti Industri Selangor

Friday, May 14, 2010

Masjid Asy-Syakirin destinasi relawan

Kuala Lumpur, 8 Mei 2010 - Aktivis GPTD Unisel telah ke Masjid Asy-Syakirin, KLCC untuk bermesyuarat dengan Kepemimpinan GPTD Pusat bagi membincangkan gerak kerja program Himpunan Relawan 2010 yang dijangkakan diadakan di sini. GPTD Unisel diwakili oleh Sdr Muhammad Izzat, Presiden dan Sdri Nor Aqliah Ariffin, Bendahari. Mereka juga mewakili grup masing-masing. Sdr Izzat adalah ketua Grup Wali Songo yang akan membuat kajian ke Jawa untuk XPDC Menjejak Wali Songo. Manakala Sdri Aqliah pula aktivis Grup Cheng Ho yang akan menjejak kesan dan sumbangan Laksama Cheng Ho di Semarang, Indonesia.

Mesyuarat bermula selepas Zuhur dengan sesi taaruf dan hujan turut renyai. Sdr. Hakim selaku Penolong Setiausaha, GPTD Pusat telah memberikan taklimat ringkas tentang idea Himpunan Relawan 2010. Sdr Presiden GPTD Pusat, Sdr Muhammad Suhail telah memberikan idea asas perlaksanaan program dan objektif yang ingin dicapai. Hasil diskusi, siri pengenalan tokoh akan diedarkan di Masjid Asy-Syakirin untuk 8 kali Jumaat sambil mempromosikan program ini. Sasaran peserta terhad kepada 150 sahaja, maka bagi mereka yang berminat boleh hubungi atau sms talian 0176979914.

Senarai Asia: UM, UKM terus jatuh



Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings. Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006. Bagaimanapun Universiti Putera Malaysia, berjaya memperbaiki kedudukannya daripada 90 kepada 77, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merosot daripada 156 kepada 201. Universiti Sains Malaysia (USM), yang diberi taraf Universiti Apex pada 2009, kekal pada kedudukan 69 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga kekal pada tangga 82.

Kajian yang berpangkalan di UK itu meletakkan University of Hong Kong ditangga teratas dan diikuti oleh Hong Kong University of Science and Technology. National University of Singapore pula berjaya menduduki tempat ketiga.

Sumber : Malaysiakini

Memori suram 13 Mei



Ianya bermula apabila keputusan pilihan raya pada 10 Mei 1969 diumumkan pada hari berikutnya. Buat pertama kalinya sejak kemerderkaan, Perikatan hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tumbang di Kelantan dan Pulau Pinang. Dewan undangan negeri Selangor dan Perak pula digantung kerana tiada parti yang mencapai kemenangan majoriti. Bagaimanapun, di Selangor, Perikatan kemudiannya dapat menguasai negeri itu selepas mendapat sokongan calon Bebas tunggal.

Untuk merayakan kemenaangan itu, pembangkang telah mengadakan perarakan kemenangan pada 12 Mei dengan kebenaran pihak polis. Penyokong India dan Cina parti Gerakan yang merupakan parti pembangkang ketika itu, turut menyertai perarakan tersebut yang diketuai oleh ikon Gerakan Dr Tan Chee Khoon dari klinik dan pejabat politiknya, Tan Dispensary, yang terletak di Jalan Batu (sekarang dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Rahman).

Dalam memoirnya 'May 13 Before and After' Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman berkata perarakan untuk 1,000 anggota parti itu telah bertukar menjadi perarakan samseng. Beliau menulis bahawa kegilaan ekoran kemenangan itu mencapai kemuncaknya dan orang ramai tidak dapat dikawal lagi. Menurut Tunku lagi pihak komunis mengambil kesempatan dengan membakar emosi mereka.

Perarakan itu kemudian berubah haluan menuju ke Jalan Campbell (sekarang Jalan Dang Wangi) dan Jalan Hale (sekarang Jalan Raja Abdullah) menuju ke kampung majoriti orang Melayu - Kampung Melayu - dan melalui kediaman Menteri Besar ketika itu, Datuk Harun Idris. Menurut seorang saksi yang berusia 18 tahun ketika itu, mereka berarak sambil membawa penyapu, cuba mengatakan bahawa bangsa Melayu akan disapu. Katanya, mereka membawa penyapu untuk menyapu Datuk Harun dari rumahnya itu.

Dalam keghairan untuk menunjukkan siapakah yang berkuasa, mereka melaungkan kata-kata menghina orang Melayu di kawasan itu sambil memperlihatkan pelakuan yang kurang ajar. Pada saat itulah ia membangkitkan kemarahan orang Melayu, katanya. Demonstrasi itu kemudiannya reda, tetapi ia tidak berakhir di situ apabila orang Melayu pula merancang untuk mengadakan perhimpunan pada hari berikutnya.

Rumah menteri besar yang kini merupakan tapak pembinaan kondominium, dijadikan pusat operasi untuk menganjurkan perhimpunan tersebut. Menurut para saksi, orang Melayu dari beberapa kubu kuat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, telah berhimpun di rumah Datuk Harun dengan bersenjata seperti batang kayu dan parang. Berita dilaporkan bahawa orang Cina telah menyerang dua orang Melayu di Setapak. Dan pertumpahan darah bermula kira-kira jam 6 petang.


Sumber : Malaysiakini

Monday, May 3, 2010

Misi rayuan dana tanah runtuh Maninjau dilancar

Padang, 3 Mei 2010 - Global Peace Mission Malaysia melancarkan Misi Rayuan Dana Tanah Runtuh Maninjau dengan kerjasama Grup Penjejak Tamadun Dunia secara siber. Ini adalah salah cara langkah awal selepas misi tinjauan yang telah dijalankan pada 1 Mei 2010 di kawasan yang ditimpa tanah runtuh. Pandan dan Galapung adalah kawasan yang paling teruk bencananya sehinggakan seluruh kampung terpaksa berpindah di Posko Sg Batang buat sementara. Bagi yang ingin menyumbang boleh masukkan ke akaun di atas nama Global Peace Mission, Bank Islam Malaysia Berhad - No Akaun 14 023 01 002922 4 atau Maybank - No Akaun 564 221 611 602

Sunday, May 2, 2010

Misi terapi trauma bersama anak-anak





Maninjau, 2 Mei 2010
- Susulan Misi Tinjauan, aktivis Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah ke Posko Sg Batang bagi menyalurkan bantuan segera sejumlah RM2000.00 untuk 111 keluarga dari 3 lokasi ditimpa bencana iaitu Pandan, Galapung dan Batu Nanggai. GPM dengan kerjasama Aksi Cepat Tanggap (ACT) telah menganjurkan Trauma Terapi bersama anak-anak bagi mengembirakan mereka disamping permainan Islamik buat pendidikan. Jajan / Ole-ole buat anak-anak disampaikan kepada semua sebagai pengubat kesedihan. Aktivis GPM Sdr. Izwan Suhadak & Sdr. Muhammad Suhail akan bertanyakan soalan-soalan asas tentang pengetahuan Islam kepada anak-ana
Publish Post
k, bagi yang berjaya akan diberikan hadiah. Anak-anak berlumba-lumba mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Program ini dijalankan di dalam Mussola dan di sini jugalah mereka bertumpu dan tinggal kerana belum ada khemah atau pun rumah sementara disumbangkan kepada mereka. GPM adalah NGO pertama daripada Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan ke Maninjau.

Saturday, May 1, 2010

Misi Tinjauan bencana di Maninjau




Maninjau, 1 Mei 2010 - Misi Tinjauan GPM yang pertama telah sampai di Maninjau. Pemerhatian dilapangan agak mengharukan dek kondisi tempat kejadian. Jalan darat terputus antara Pandan dan Galapung. Tanah runtuh kali ini sangat dahsyat buat penduduk Pandan kerana gelongsoran yang besar membawa batu dan tanah dari gunung terus ke dalam danau. Banyak rumah yang musnah ditimpa dan dihanyutkan tanah runtuh. Aktivis GPM, Sdr Muhammad Suhail & Sdr Izwan Suhadak Ishak diiringi Bapak Zainul Ariffin, Pengurus Pondok Pesantren Prof Dr Hamka telah berjalan hampir 3 kilometer untuk melihat secara dekat situasi sebenar di sini. Setakat ini yang jumlah mangsa yang telah didaftarkan seramai 461 orang. 14 orang dilaporkan luka ringan, 5 orang parah, 2 orang meninggal dan satu mangsa masih hilang. Seramai 29 keluarga daripada Galapong, 77 keluarga daripada Pandan dan 3 daripada Batu Nanggai. Rekod daftar dijangka bertambah kerana masih ada ramai lagi terperangkap di Galapong dan Batu Nanggai kerana jalan terputus. Kerja-kerja pembaikan jalan sedang digerakkan oleh pemerintah dan masyarakat. Dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu.

Related Posts with Thumbnails