Hdariyani Binti Kampun
GPTD=grup_pengkaji_tamadun_dunia | AIS=aktivisme+intelektualisme+spiritualisme | 3M=menjejak.meneladani.memimpin
Saturday, February 20, 2010
Mahasiswa Bersama Masyarakat (MBM)
12 Februari 2010, Kuala Kurau, Perak – Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (PPMUSM) dengan kerjasama Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah mengadakan satu program yang telah diberi nama Mahasiswa Bersama Masyarakat (MBM) di Kuala Kurau, Perak. Program tersebut telah berlangsung selama seminggu iaitu bermula 12 hingga 14 Februari 2010. Selama dua hari telah diadakan KPP ataupun Kem Persediaan Peserta di Madrasah Al-Maniah, Kg Pertama, Pematang Nibong. Persediaan diberikan agar peserta dapat mengenal dengan lebih dekat cara membuat pemetaan komuniti iaitu turun ke kampung dan beramah mesra bersama dengan penduduk kampung. Ini memudahkan para peserta agar mereka dapat menyesuaikan diri apabila turun ke kampung yang sebenar. Pemetaan komuniti yang sebenarnya dan pembahagian anak angkat dilakukan di Kampung Bashar, Kuala Kurau, Perak. Program di Kuala Kurau ini berlangsung selama seminggu iaitu 15 Februari 2010 dan berakhir pada petang 20 Februari 2010.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment