Seawal jam 5.00 Pagi saya telah pun bersiap dan menunggu kedatangan En. Izwan Suhadak di hadapan pintu pagar penginapan siswi bersama kak wan ritini , sehinggakan pak guide menegur kami kerana seharusnya pelajar tidak dibenarkan keluar sebelum pukul 6.00 pagi. Tetapi setelah penerangan mengenai program yang akan kami ikuti akhirnya barulah pak guide tersebut memahami dan kami dibenarkan keluar. Seterusnya singgah ke Taman Ilmu untuk mengambil Asmawi yang juga turut serta dalam bengkel tersebut.
Pertama kali kaki memijak tanah di Janda Baik tiada kata lain yang dapat diungkapkan melainkan kata syukur dapat melihat tempat secantik itu. Tepat pukul 8.00 pagi kami sampaidisana dan aktiviti pertama yang kami lakukan adalah riadah. Permainan yang kami lakukan adalah diberi nama “telur,ayam dan dinasour”. Tetapi disebabkan saya tidak tahu permainan tersebut maka saya menjadi sebiji telur. Selepas itu, sarapan pagi dan pengisian seterusnya oleh Encik Ahmad Azam Abdul Rahman.
Beliau merupakan pengasas GPTD dan juga mantan presiden ABIM. Beliau menyatakan visi dan misi yang harus ada dalam diri setiap sukarelawan. Paling penting yang harus ada adalah visi ummatik yang mana misinya adalah “rahmatan lilalamin”. Dan setiap sukarelawan harus faham kerana ia adalah asas bagi setiap sukarelawan dan seorang fasilitator.
Encik Ahmad Azam juga menggunakan Sultan Abdul Fateh sebagai modul utama dan menceritakan bagaimana Sultan Abdul Fateh berjaya menawan kota Konstatinopel selepas 800 tahun penantian. Bagaimana cara beliau juga menawan sangat menakjubkan kerana membawa kapal melalui daratan. Sememangnya sangat sesuai Sultan Abdul Fateh dijadikan sebagai modul.
Kemudiannya, selepas kami menunaikan solat zohor berjemaah dan makan bertalam bersama, Encik Ahmad Azam menyambung semula pengisian beliau dengan menerangkan visi yang perlu ada dalam diri setiap aktivis iaitu ummatik. Selain itu, misi quranik, budaya displin, kuasai ilmu dan teknologi, kemahiran pelbagai bahasa serta hidup berpaksikan solat juga merupakan pengajaran yang boleh diambil daripada Sultan Abdul Fateh dan akan menjadi budaya di dalam GPTD.
Mengapa Jepun dan Perancis berjaya hingga kini merupakan antara pengisian yang dibincangkan yang boleh dijadikan ikitibar bagi aktivis seperti saya. Masa, kebersihan dan sentiasa berfikiran positif antara mengapa Negara besar tersebut boleh berjaya. Ini boleh juga dijadikan budaya di dalam GPTD Unisel agar boleh berjaya seperti Negara besar tersebut.kami juga diberikan lagu mengenai Sultan Abdul Fateh agar dapat membakar semangat kami.
Kemudiannya kami diberikan tugasan agar membuat lirik lagu tersebut dan menyanyikan ataupun membuat persembahan pada keesokan harinya selain mencipta objektif,misi,visi, logo dan falsafah kumpulan masing-masing. Kami diberi masa dan fasi yang akan membantu kami dalam tugasan. Fasi bagi kumpulan saya ialah encik Ghazali. Dalam perbincangan itu juga diselitkan beberapa agenda seperti SWOT Analysis iaitu mengenal kelemahan dan kekuatan diri, Kompas Personaliti Seimbang iaitu mengetahui apa yang ada dalam diri samaada mencukupi ataupun tidak dan Analisi kendiri yang dibuat menggunakan graf bagi mengetahui kesedihan dan kegembiraan yang pernah dilalui untuk mematangkan diri. Semua itu merupakan asas di dalam diri Fasilitator.
Aktiviti berakhir selepas solat Asar dan diteruskan dengan aktiviti riadah iaitu berjalan ke sebatang sungai dengan lelaki mendahului diikuti perempuan.Sesampai di sungai aktiviti berlangsung tetapi lelaki membuat permainan sendiri dan perempuan membuat aktiviti sendiri. Perempuan membuat bulatan dan membuat permainan yang tidak mempunyai banyak pergerakan.
Selesai sahaja solat magrib, aktiviti seterusnya diisi oleh Abg Mali, beliau merupakan pekerja di RTM dan terlibat membuat sebuah rancangan. Beliau mengatakan TV dan Internet tidak akan mengeluarkan kenyataan yang sama setiap hari . Namun pengisian tidak terlalu lama kerana masa yang begitu mencemburui dan selesai solat Isyak berjemaah pengisian seterusnya oleh Abg Hakim yang membincangkan pengenalan GPTD dan kemudian oleh Abg Najmuddin Mohd Nawi iaitu setiausaha Agung GPTD. Beliau juga memperkenalkan GPTD, Exco GPTD dan pengasas iaitu Encik Ahmad Azam serta alumni GPTD.
Selesai sahaja perbincangan mengenai GPTD, kami pergi ke kumpulan masing-masing bagi membincangkan persembahan untuk keesokan harinya. Perbincangan berakhir pada pukul 12.30 Malam.
7/2/2010 | Ahad
Dingin pagi yang menyegarkan membuat kami yang terlena terbangun kerana tidak tertahan dengan kesejukan. Selesai solat Subuh dan Kuliah Magrib, kami bersiap kerana pada pukul 8.00 pagi acara penutupan akan dimulakan. Selepas makan pagi, kelihatannya kumpulan begitu bersungguh dalam melakukan tugasan yang diberikan. Sehinggakan kedengaran bunyi-bunyi nyanyian kecil dari kumpulan masing-masing.
Tepat pukul 9.00 pagi aktiviti dimulakan dengan sedikit pengisian oleh Encik Ahmad Azam. Seterusnya persembahan dari kumpulan 2, kumpulan 1 dan diakhiri oleh kumpulan 3. Namun, kumpulan yang begitu menarik perhatian iaitu kumpulan 2 yang mana menyelitkan sajak tetapi setelah pembaca sajak iaitu asmawi mendeklamasikan sajaknya, semua barang yang berada dibelakang terjatuh. Semua orang geli hati melihat keadaan tersebut.
Setelah itu, kami diberikan lagi tugasan iaitu membuat satu program yang mana seperti bengkel ini. Kemudian, akhir sekali kami membuat pembentangan dan setiap kumpulan telah pun merancang. Kumpulan 1 membuat program bengkel ke IPT, kumpulan ke dua akan ke Afrika Selatan dan kumpulan 3 Semarang, Indonesia.
Bengkel kemudian berakhir dengan penyerahan sijil kepada peserta.
HDARIYANI KAMPUN
Nota : Penulis merupakan pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan aktivis Grup Cheng Ho yang akan mengembara ke Guangzho, China pada bulan Jun
No comments:
Post a Comment