Shah Alam, 28 Februari 2010 - Aktivis GPTD mengambil peluang menghadiri Bengkel Kesetiausahaan di Madrasah Hidayah di Shah Alam anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia. Penglibatan dalam bengkel-bengkel penting untuk meningkat profesionalisme di kalangan pimpinan GPTD UNISEL dalam menggerakkan organisasi di kampus. Sistem fail yang standard dapat membantu pengurusan surat keluar masuk. Program ini akan dianjurkan di peringkat kampus bagi melatih lebih ramai lagi aktivis yang mempunyai kemahiran kesetiausahaan. Turut hadir adalah pemangku Presiden, Sdr Nor Hafiz Razali yang berkata, "program ini sangat baik dan dapat membantu saya memahami dan belajar proses mengurus-tadbirkan organisasi yang lebih mantap". Setiap aktivis perlu memiliki kemahiran ini kerana mereka juga akan menjadi setiausaha program kecil. Program tamat selepas solat Zuhur dan makan tengah hari.
- Unit Media
No comments:
Post a Comment