Thursday, February 4, 2010

Jemputan : Mahasiswa Bersama Masyarakat

Persatuan Penggerak Mahasiswa Universiti Sains Malaysia telah menjemput aktivis GPTD UNISEL untuk turut serta dalam program MBM pada kali ini. Terbuka hanya kepada tiga (3) orang peserta sahaja. Berikut adalah maklumat ringkas berkaitan program :

Mungkin akan ada mereka yang bertanya apa itu MBM
?

MBM pada keseluruhannya adalah suatu landasan atau lapangan untuk melahirkan mahasiswa yang berupaya menjana pemikiran kritis.

Tapi, bagaimana?

Kami memperlihatkan kepada peserta-peserta MBM tentang realiti kehidupan. Masalah-masalah sebenar yang membelenggu masyarakat tatkala kita sebagai mahasiswa hanya sibuk menyelak buku-buku kuliah tanpa sempat menjenguk realiti hidup ini yang sebenar-benarnya. Sangat rugi jika kita yang digelar sebagai golongan intelektual tetapi tidak tahu untuk bertindak dan mengaplikasi kebolehan kita untuk membantu masyarakat di luar sana. menyedari perkara ini, PPM telah merancang satu program diberi nama; Mahasiswa Bersama Masyarakat, untuk memberi pendedahan dan latihan kepada mahasiswa supaya dapat lebih bersedia berhadapan dengan realiti hidup, cabaran-cabarannya dan cara bertindak.

TARIKH:

12 – 20 FEB 2010

TEMPAT:

KAMPUNG NELAYAN, KG RAJA BASHAH, KUALA KURAU, PERAK

BAYARAN:

RM45 SAHAJA (masih boleh dirunding)


SIJIL DISEDIAKAN

SEMUA MAHASISWA/I DIJEMPUT


Maklumat lanjut sila sms / hubungi Wan Ritini di talian +6010.2460.435 atau emel ke gptdunisel@gmail.com

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails