BESTARI JAYA, 18 Oktober 2012 - Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel telah berjaya menganjurkan Bengkel Kraf Felt yang telah dibimbing oleh Sifoo Ame, pelajar Diploma Multimedia, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Para peserta seramai 15 orang begitu teruja dengan seni felt malah begitu obses dengan alatannya seperti jarum, benang, butang, gam uhu dan kain felt. Sifoo Ame telah menunjukkan langkah demi langkah cara menghasilkan dompet dengan hiasan hadapannya seekor lebah comel. Pilihan lebah adalah kerana GPTD telah menetapkan bahawa lebah sebagai maskot rasminya. Ini semua mengambil inspirasi daripada Surah An Nah dalam Al-Quran serta ciri-ciri unik yang terdapat pada lebah. "Terima kasih kepada Ame kerana sudi berkongsikan pengalaman dan ilmu untuk diajarkan kepada para peserta. Semoga bisnes dan rezekinya akan bertambah dan maju", kata En Izwan Suhadak, Penasihat GPTD Unisel. Turut hadir adalah Sdr Nor Hafiz, Presiden GPTD Unisel. Rata-rata peserta menyatakan keseronokan belajar seni felt dan berhasrat untuk serta lagi jika dianjurkan oleh GPTD. - Unit Media
No comments:
Post a Comment