
AMPANG, 25 Jun
2012 – Sebuah peluncuran buku telah diadakan di Hotel De Palma Ampang. Buku Islam
dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat, karya Dr. Siddiq Fadzil, Presiden
Kolej Dar al-Hikmah. Majlis bermula sekitar 7.00 malam dengan pendaftaran para
tetamu yang hadir. Majlis diteruskan dengan majlis berbuka puasa dan solat
Maghrib berjemaah. Majlis pelancaran buku bermula sekitar jam 9.00 malam
setelah para jemputan khas tiba di lokasi. Sebelum majlis diteruskan, majlis
dibuka dengan Ummul Kitab, al-Fatihah.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada
Datuk Idris Jauzi. Majlis diambil alih oleh Pengerusi Majlis, Saudara Mohd Shazni
untuk mempersilakan Saudara Mohd Zaib untuk membacakan Surah Al-Alaq (Iqra).
Selesai surah dibacakan, maka terlancarlah buku karya Dr. Siddiq Fadzil.
Seterusnya, ucapan pengantar dan sedikit ulasan oleh Dr. Siddiq berkenaan karyanya.
Beliau tidak pernah menyangka bahawa bukunya mendapat perhatian umum. Beliau
mahu Melayu bangkit dan Melayu hanya akan maju dengan Islam. Dr. Siddiq
menegaskan ‘berani bersikap dan berani berkata tidak’.

Sekitar jam
10.30 malam, ucapan pidato khas oleh Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tempat.
Beliau berpidato mewacanakan buku Islam dan Melayu. Beliau menegaskan
kepentingan wasatiyyah, yang merangkumi keamanan, keadilan dan amanah
pemerintah untuk rakyat. Majlis berakhir ssekitar jam 11.00 malam dan ditutupi
dengan tasbih Kafarah dan suratul ‘Asr.
Nota : Buku ini harus menjadi bacaan wajib, andai mahu
mengetahui kenapa hanya dengan Islam baharu Melayu maju. Sesungguhnya anda dalam kerugian jika tidak membaca buku
Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat, karya Dr Siddiq Fadzil
unit media GPTDunisel
No comments:
Post a Comment