Sunday, November 21, 2010

Relawan bersama Dekat Di Mata Lekat Di Hati

Klang, 20 November 2010 - Aktivis GPTD Unisel turun kelapangan umat membantu sebagai relawan di program Dekat Di Mata Lekat Di Hati anjuran Darul Wardah (Pusat Perlindungan Keluarga dan Wanita) di sini. Muhammad Anuar Mohammed Ismail selaku Timbalan Presiden GPTD Unisel telah mengetuai wakil aktivis GPTD Unisel bersama Sdr Safaruddin Jhinku bagi mengurus aktiviti Korban sempena Hari Aidil Adha yang terakhir. Aktiviti bermula sejak jam 8.00 pagi dengan menumbangkan dua ekor lembu dan seterusnya proses sembelihan dan melapah telah dilakukan di Lorong Mughni.

Agihan daging korban dipindahkan ke Rumah Darul Wardah di Lorong Hj Taib bagi memudahkan acara penyerahan kepada sasaran fakir miskin dan mualaf. Majlis makan sup daging juga diadakan bagi meraikan masyarakat sekitar dan para relawan yang banyak membantu menjayakan sehingga selesai. Taklimat oleh Sdr Samsuddin daripada Koperasi Belia Islam lebih bermakna kerana menggalakkan belia untuk turtu terlibat sebagai usahawan tani sebagai satu pekerjaan.

Unit Media

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails