Klaten, 3 November 2010 - Terdapat beberapa buah keluarga tidak mampu dan tidak memiliki kenderaan memilih untuk tinggal di rumah masing-masing berbanding di Posko Pengungsian. Ini lebih mudah untuk mereka bagi meneruskan sumber pencarian harian seperti potong rumput, kayu api dan lain-lain. Oleh yang demikan, ramai anak-anak yang masih tidak bersekolah kerana sekolah mereka telah menjadi ruang Posko Pengungsian. GPM telah mngenalpasti sebuah Sekolah Darurat dan akan telah menyalurkan bantuan alat tulis serta ole-ole untuk membantu anak-anak ini. Aktivis GPM bersama Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) akan menjalankan aktiviti bersama anak-anak pelajar dari darjah 1 sehingga 6 dalam memberi pengisian minda dan kerohanian.
No comments:
Post a Comment