Tanggal
29 Mei 2014 ini genap 561 tahun, seharusnya kita melihat kembali tercatatnya
sejarah kemenangan Islam di kubu pertahanan terkebal dunia, Konstantinopel di
Turki. Peristiwa penawanan Kota Konstantinopel oleh sepasukan tentera yang
terbaik dipimpin oleh seorang Raja yang terbaik. Muhammad dilahirkan ke dunia
sebagai seorang anak yang sangat nakal dan pemuda diraja yang panas baran serta
gopoh membuat keputusan. Namun demikian, sebagaimana diakui sejarawan Turki,
Halil Inalchik, kuasa tarbiyah “medresse”
dan usrah dengan para ulama terbaik Usmaniah sejak dari kecil yang telah merubah
belia menjadi pemimpin agung Islam.
Sultan Muhammad al-Fateh sejak di dalam
buaian lagi telah diisyaratkan bakal menakluk Kota Konstantinopel iaitu Kota
yang paling di geruni. Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab
835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 H. Sultan Muhammad al-Fateh merupakan anak
kepada Sultan Murad II yang mewarisi empayar kerajaan Usmaniah. Baginda ialah khalifah
ke 7 pemerintahan kerajaan Usmaniah. Nama sebenar baginda ialah Sultan
Muhammad, manakala al-Fateh merujuk gelaran baginda sebagai 'pembuka yang
besar' kerana berjaya menakluk Konstantinopel.
Kemenangan
menegakkan keadilan Islam di Haghia Sofia oleh Muhammad Al-Fateh perlu
dianalisa dengan pembacaan yang lebih meluas sumbernya dan analisa yang lebih
tersirat sifatnya dari fakta yang tersurat. Proses pengepungan yang memakan
masa hampir 2 bulan hakikatnya suatu proses yang sangat sukar. Ini merupakan
percubaan ke 12 tentera Islam yang sebelum ini gagal selepas 800 tahun Nabi
mensabdakannya. Misi mustahil jni dihalang oleh Maharaja Constantine XI bersama
40,000 orang komando Byzantine, di ikuti dengan benaan dua benteng kebal yang
mencapai ketebalan 10 hingga 15 meter, parit sedalam 10 meter, 3 perairan laut,
7 anak bukit dan 400 matarantai gergasi memagari Tanduk Emas dari dijejaki
kapal-kapal Usmaniah.
Pada
penelitian yang lebih mendasar Gerakan Mahasiswa Islam seharusnya mengkaji soal
pemerkasaan organisasi khususnya dalam aspek produktiviti (pencapaian visi) dan
kompetensi ahli-ahli dalam melahirkan generasi Al Fateh yang seterusnya. Hakikat
sebenar kombinasi ampuh serta persiapan ilmu dan teknologi (IQ), persiapan
moral dan emosional tentera (EQ) dan persiapan kerohanian (SQ) terbaik pernah
ditonjolkan oleh tentera Islam. Misi mengibarkan panji Islam di atas tembok
Kota Konstantinopel pada 1453 Masihi tersebut ternyata tidak memadai dengan hanya
semata doa munajat dan keimanan yang kental pada hadis penawanan Kota Konstantinopel
ini, tetapi teknologi yang dihasilkan serta beberapa strategi lain juga
memainkan peranan penting dengan membabitkan 4 meriam gergasi Urban dan serangan
mortar pertama kali dalam sejarah untuk memecahkan benteng kebanggaan empayar
Byzantine dalam misi penaklukan Kota kebal ini.
Sultan
Muhammad al-Fateh telah membahagikan tenteranya kepada lima pasukan iaitu
setiap pasukan mengandungi 50,000 tentera dengan diketuai oleh seorang ketua.
Panglima Tharhan, Panglima Khalil Pasya, Panglima Hamzah Pasya dan Panglima
Zaqhanus memimpin tentera laut. Pada hari yang telah ditetapkan maka
berangkatlah 250,000 tentera Turki dari Adrianopel menuju ke kota Konstantinopel.
Baginda meniru cara pembukaan Kota Mekah oleh Nabi Muhammad SAW, apabila
memilih jalan lain yang tidak pernah dilalui oleh sesiapa menyebabkan
pergerakan mereka tidak dapat dikesan oleh tentera Rom. Keseimbangan
pendidikan ilmu ‘intelectual sciences’ dan ‘spiritual sciences’ sebagaimana
direkodkan, pemilihan bulan dan tahun kempen pengepungan pada masa yang paling
meresahkan dari segi moral pemerintah dan kepercayaan rakyat Byzantine.
Walaupun penggunakan teknologi (meriam gergasi) yang digunakan oleh tentera
islam ketika itu, cabaran yang lebih besar adalah tentera Islam berhadpan musuh
tradisi Usmaniah yang mempunyai kepakaran luar biasa iaitu Hungary.
Hakikatnya
belum memadai tanpa didikan kerohanian yang ketat ke atas Sultan Muhammad
sehingga baginda tidak pernah meninggalkan tahajjud sejak dari aqil baligh.
Manakala idea ‘brilliant’ sebagaimana diakui oleh sejarawan dunia seperti
Runciman, Babinger dan Schumberger iaitu pemindahan 70 buah kapal dari semenanjung
Fera di Bhosporus ke Golden Horn melalui jalan bukit sejauh 5 kilometer
dalam satu malam tanpa disedari musuh. Jarak pelayaran darat yang perlu
ditempuh oleh 70 buah kapal perang melalui jalan darat dengan mendaki bukit
Galata ialah kira-kira 30 hingga 40 minit berjalan kaki tanpa bebanan.
Bayangkan bagaimana tentera Sultan Muhammad Al Fateh mampu mengangkut 70 buah
kapal perang melalui jalan darat dalam tempuh kurang 10 jam.
Dalam keadaan
tanah ketika itu tidak mudah untuk dilayarkan kapal, tetapi perencanaan itu
mesti tetap diteruskan dengan seberapa segera. Lantas tentera Usmaniah
meratakan tanah dalam hanya beberapa jam, dan dibawakan lembaran-lembaran kayu
yang telah disapu dengan minyak dan lemak, dan kemudian disediakan sebuah
laluan jalan yang besar untuk memudahkan pergerakan kapal-kapal, dan
sesungguhnya peristiwa ini benar-benar luar biasa, bahkan keadaan zaman itu
dengan teknologi yang telah digunakan jauh mendahului zaman-zaman selepasnya. Jelas
menunjukkan kepantasan berfikir Sultan Muhammad dan kepantasan pelaksanaan
tenteranya.”
Oleh : Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan
Graduan Teknologi Industri, Fakulti Sains & Bioteknologi
Universiti Selangor
Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTDU Unisel)
Exco Perhubungan Antarabangsa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM),
No comments:
Post a Comment