Thursday, October 11, 2012

SINAR suatu pencerahan dan kesedaran

BESTARI JAYA, 6 Oktober 2012 - Program Sejarah Islam Nusantara (SINAR) dengan  persembahan dokumentari, drama khas dan perkongsian penemuan khazanah oleh Ustaz Muhamad Abdullah & Nor Helmee Zainal Abidin berjaya menarik tumpuan lebih 50 orang mahasiswa dan ahli akademik Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya. Acara bermula seawal sembilan pagi di Dewan Kuliah Fakulti Kejuruteraan, dipersembahkan dengan pengenalan tentang Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel, grup tokoh dan projek yang telah dilaksanakan serta akan datang.

Ustaz Muhamad Abdullah yang juga dikenali sebagai Ustaz Amin membuat pendedahan tentang penemuan manuskrip Melayu berusia 1000 tahun di Rusia dengan tulisan asal Bahasa Melayu (Aksara sanskrit) wujud lebih awal daripada tulisan jawi. Menarik perhatian peserta dan terkesan adalah tentang realiti semasa selepas perkongsiaan panjang dan bermakna tentang sejarah umat Melayu yang amat diminati oleh remaja barat. Malah pengkaji Alam Melayu di Rusia amat berterima kasih kepada Malaysia dan Indonesia kerana sejarah lampau membuatkan mereka mendapat perhatian dalam dunia akademik. Sekarang mereka menjadi pejuang bahasa Melayu di sana dengan mengajar pelajar-pelajar baru untuk menekuni adat istiadat orang Melayu.

Nor Helmee Zainal Abidin yang merupakan pengarah dan penerbit telah membawa dimensi baru kepada cara penyampaian ceramah dan pengisian dengan kaedah drama dan multimedia. Para peserta sangat teruja dan seronok menikmati persembahan yang sarat dan padat dengan mesej padu agar masyarakat akan kembali cinta dan mengkaji sejarah peradaban mereka. "Kita ingin anak muda melakukan transformasi minda dengan meneladani sejarah peradaban mereka", kata Sdr Helmee. Turut serta adalah En  Izwan Suhadak Ishak, Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel yang terkesan dengan perkongsiaan oleh Ust Amin dan Sdr Helmee. "GPTD dalam laluan yang benar kerana usaha sukarelawan mengkaji sejarah, ziarah dan berkhidmat ke luar negara adalah menepati apa yang telah disarankan oleh Ustaz Amin", kata En Izwan pada akhir sesi program.

SINAR telah memberi pencerahan dan kesedaran kepada diri setiap peserta yang hadir. Semoga program ini dapat dilaksanakan lagi malah pihak Bil Hikmah Sdn Bhd setuju untuk menaja penuh program ini ke tempat lain. Jika berminat sila hubungi Alia di talian 013.391.7122 atau emel gptdunisel@gmail.com.

-Unit Media

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails