"Pengeboman bermula pada 11.30 pagi ini ke atas kira-kira 100
pemberontak bersenjata yang berlindung di dalam kubu dan parit,"
katanya. Belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa dalam pengeboman itu
tetapi tentera berkata, kira-kira 3,000 orang awam sudah pun
meninggalkan kawasan itu pada minggu lepas. Jurucakap tentera bagi wilayah Barat Mindanao, Leftenan Kolonel
Randolf Cabangbang pula berkata, serangan udara itu ditujukan kepada
kedudukan pemberontak diketuai oleh tiga komander MILF yang diburu iaitu
Wanning Abdusalam, Putot dan Ogis Jakarta serta sebilangan pengikut
mereka yang bersenjata.
Katanya, pengeboman tertumpu kepada kem pemberontak di kampung Labatan, pinggir Payao.
Askar Briged Tentera ke-102 yang diketuai oleh Kolonel Santiago Baluyot semakin menghampiri kem berkubu itu. Penduduk kampung Labatan sebelum ini mencapai kata sepakat untuk
meminta bantuan tentera mengusir pemberontak daripada mendirikan kem di
kampung mereka. - AFP/Bernama
No comments:
Post a Comment