Wednesday, July 10, 2013

LAPORAN KUNJUNGAN BALAS MAHASISWA PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY



06 Julai 2013, Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya - Seramai 45 orang mahasiswa daripada Prince of Songkla University, Patani di Selatan Thailand telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Selangor Bestari Jaya. Mereka tiba di Unisel pada jam 8.00 pagi. Kehadiran mahasiswa daripada Prince of Songkla University disambut mesra oleh wakil pimpinan Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel iaitu Muhammad Fakhrul Amiruddin bin Hamdan, Tengku Farhanan Binti Tengku Mohamed serta Siti Nur-Alia Binti Che Burhan. Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) sebagai pengelola Lawatan Sambil Belajar Mahasiswa Prince Of Songkla University. Antara tujuan kita adalah untuk membina jaringan antara Kampus Universiti Selangor dengan Prince Of Songkla University selain mengadakan kunjungan balas selepas sukarelawan GPTD telah melaksanakan Projek Jejak Pattani untuk member khidmat Pendidikan dan kajian Sosio Budaya. Lawatan ini turut dihadiri oleh Encik Zulfikri Bin Mohd Kamil sebagai Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, Encik Izwan Suhadak selaku Penasihat GPTD Unisel, Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Wakil Persatuan dan Kelab serta barisan pimpinan GPTD Unisel.

Program berlangsung dengan ucapan daripada Setiausaha Agung Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) oleh saudari Siti Nur-Alia Binti Che Burhan. Wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor (MPP) turut member ucapan iaitu saudara Khairul Anwar Bin Korai selaku Naib Timbalan Yang Dipertuan MPP. Majlis Perasmian berlangsung pada jam 10.30 pagi dan telah dirasmikan oleh Encik Zulfikri Bin Mohd Kamil selaku Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar. Dalam ucapan beliau, menegaskan bahawa walaupun kita berlainan Negara tetapi  kita adalah saudara seagama dan seakidah serta kita semua adalah satu rumpun. Justeru itu, segala pandangan serta idea baru perlulah  dikongsikan bersama dalam pembentukan generasi yang hebat. Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi Dialog Mahasiswa diantara Mahasiswa Prince Of Songkla University dengan Mahasiswa Universiti Selangor yang dikendalikan oleh saudara moderator Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan. Antara tema utama Sesi Dialog ini ialah ‘’Building Relationship Toward Successful Ummah’’.

Membina jaringan dan hubungan luar Negara dalam melahirkan generasi yang Berjaya merupakan topic perbincangan yang akan disentuh padasesi dialog ini. Melihat kembali sejarah tokoh-tokoh dunia islam kotemporari seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Kota Konstantinopel pada usia 21 tahun dan Sultan Salehuddin Al-Ayyubi yang menawan kembali Jarussalam ke tangan orang islam. Inilah antara tokoh generasi muda yang harus dicontohi serta menjadi teladan bagi generasi muda hari ini. Sebagaimana semangat, kekuatan, keazaman dan kepimpinan yang ditonjolkan, tidak ada yang mustahil akan berlaku juga perkara yang sama sebagaimana bangkitnya generasi muda dalam memperjuangkan kebenaran dan menegakkan keadilan. Isu umat islam yang tertindas di Negara-negara seperti di Syria, dan di Mesir semuanya digerakkan oleh gerakan generasi muda yang mahukan perubahan. Justeru itu, lima resolusi yang disepakati bersama diantara Mahasiswa Prince Of Songkla University dengan Mahasiswa Universiti Selangor antaranya ialah :-

1)       Bertukar perkongsian penulisan berita ,artikel dan kajian dua buah Negara iaitu Malaysia, dan Thailand. Semua Negara haruslah menulis antaranya melalui Facebook dan Website.
2)       Mengadakan kerjasama program dalam bentuk kepimpinan dan turun kelapangan merentasi sempadan Negara.
3)       Membuat Facebook Group agar membuka ruang untuk perbincangan dengan lebih tuntas juga penyebaran maklumat secara cepat dan tepat.
4)       Menerbitkan markalah bercetak  yang menghimpunkan hasil penulisan dua Negara secara konsisten.
5)       Mewujudkan satu portal yang menghimpunkan koleksi gambar program yang di jalankan oleh mana-mana pihak.

Seterusnya, diharapkan jaringan yang terbina ini tidak akan sampai disini serta dapat berkembang luaskan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Selatan Thailand. Perkongsian maklumat, gerakan mahasiswa serta perkara-perkara yang boleh digerakkan bersama harus di pupuk dan dijaga sebagai salah satu misi Rahmatan lil alamin.

Laporan Disediakan Oleh :

Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan
Fakulti Science & Biotechnology, Universiti Selangor.

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails