Sunday, March 11, 2012

Mahsiswa dan Mahasiswi Unisel di Medan Sasar

KUALA SELANGOR, 10 Mac 2012 -  Seramai  36 orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Selangor kampus Bestari  Jaya bersama seorang pengiring, Encik Izwan Suhadak bin Ishak telah menyertai satu sesi latihan memanah di kompleks Sukan Kuala Selangor anjuran Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) UNISEL. Para peserta mula berkumpul di Dewan Biru, PKP Unisel seawal jam 7.30 pagi untuk sesi taklimat ringkas mengenai pergerakan ke kompleks sukan tersebut. Para peserta mula bertolak dari UNISEL ke Lapangan Sasar Kompleks Sukan Kuala Selangor dengan menaiki bas pada jam 8.30 pagi dan tiba pada jam 9.00 pagi. Setibanya di lokasi tersebut para peserta diberikan sedikit taklimat dan penerangan mengenai cara-cara dan peraturan memanah oleh Puan Faizah yang merupakan jurulatih untuk latihan memanah tersebut. Kemudian, para peserta melakukan sedikit senaman ringan sebelum memulakan sesi latihan memanah. Seterusnya sesi latihan telah dijalankan pada jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Selepas itu para peserta diberikan rehat untuk makan tengah hari dan menunaikan solat fardu Zohor. Pada pukul 2.00 petang sesi memanah tersebut telah diteruskan dengan “Archery Mini Tournament” iaitu pertandingan antara para peserta. Pertandingan ini dilakukan sebanyak dua pusingan iaitu pusingan pertama dijalankan untuk menentukan ranking antara para peserta dan pusingan kedua untuk mencari kedudukan tempat pertama, kedua dan ketiga. Pertandingan ini telah berlangsung sehingga pukul 5.00 petang. Pertandingan bagi kategori lelaki telah dimenangi oleh Ahmad Asyraf bin Mohd Sean. Manakala bagi kategori perempuan dimenangi oleh Nur Aisyah binti Mohd Sean. Pada pukul 5.00 petang para peserta menunaikan solat Asar dan bertolak pulang ke UNISEL.

Sesi taklimat oleh Puan Faizah @ Mama




Bersiap sedia memanah camera man

Para pemanah fokus ke arah sasaran.




Sesi fotografi bersama finalist "Mini Archery Tournament"

Bersama peserta mahasiswi


Sesi fotografi sebelum berangkat pulang ke Unisel

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails