Monday, March 5, 2012

Hari Terakhir berkampung bersama Orang Asli di Unisel Bestari Jaya

Disediakan oleh Shakilah Sanaani Abdullah


BESTARI JAYA, 4 Mac 2012 - Detik-detik terakhir bersama para peserta orang asli dari Perak diisi dengan cukup padat. Hari dimulakan dengan solat Subuh berjemaah di Masjid Umar bin Abdul Aziz seawal 5.30 pagi. Agenda diteruskan dengan sesi beriadah diperkarangan masjid dan para peserta disajikan dengan sarapan pagi di kafeteria Pusat Komuniti Pelajar (PKP). Agenda utama dimulakan pada 11 pagi, iaitu Majlis Perasmian Penutupan Program Membentuk Jati Diri, yang dirasmikan oleh Encik Izwan Suhadak, Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel. Majis dimulakan dengan Ummul Kitab Al-Fatihah bagi memohon berkat dari Yang Maha Kuasa. Selama berlansungnya majlis, para hadirin turut disajikan dengan persembahan tarian sewang dari para peserta program. Selain itu, seorang wakil peserta, Aken bin Aju turut memberi ucapan berkenan program yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam.  Selesai majlis penutupan, penyampaian cenderahati kepada wakil dari JAIP (Jabatan Agama Islam Perak), JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan kedua-dua buah sekolah berlangsung, serta sijil penyertaan diserahkan kepada wakil peserta. Para peserta pulang ke Perak sesudah solat Zuhur berjemaah dan makan tengah hari di masjid. Sebelum para peserta berangkat menuju ke bas mereka, para peserta bersalaman bersama para fasilitator. Air mata tanda sayang meninggalkan Unisel dan para fasilitator mengiringi para peserta. Semoga para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah mereka pelajari sepanjang berkampung di Unisel Kampus Bestari Jaya. Menimba ilmu bukan hanya untuk diri, tapi untuk ubah keluarga dan kaum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails