Bencana tsunami yang melanda Mentawai, Indonesia pada bulan Oktober 2010 telah menyingkap keadaan sebenar masyarakat Muslim yang berdepan gejala kemiskinan dan krisis akidah yang parah. Oleh itu diharapkan program ini dapat membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh saudara Muslim di sana di samping menyelamatkan aqidah mereka. Ustaz Jel Fathullah menerangkan usaha pihak Kristian menyerah akidah umat Islam dengan pelbagai cara. "Mereka menggunaka jin untuk menyihir umat Islam", terang Ust Jel kepada hadirin yang hadir. "Mereka menggula-gulakan anak-anak muslim dengan mengajak anak-anak agar mengaku Tuhan ada 3 untuk memastikan anak-anak mendapat tiga biji gula-gula", tambah Ust Jel lagi. Tabung diedarkan seminggu lagi atas permintaan dan kebenaran Nazir masjid. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menjemput pihak GPM untuk menyampaikan situasi di Mentawai boleh hubungi Sdr. Syakir di talian 013-3877722.
- Unit Media
No comments:
Post a Comment