Monday, August 17, 2009

SAKTI Melahirkan Sukarelawan Terulung


Paroi, 16hb Ogos 2009 - Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel telah menyertai Latihan Sukarelawan Asas Tahap 1 anjuran GPTD Pusat & Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan. Program yang bermula pada hari Jumaat diadakan di Pusat Dakwah Islamiah. Program ini bertujuan untuk melatih sukarelawan muda menjalan khidmat sosial, kajian di luar negara selain dalam negara. Antara IPT yang hadir sebagai peserta adalah UIA, USIM, KUIS, Kolej Lagenda, UiTM Seri Iskandar, Unisel Bestari Jaya, UNITEN, Politeknik PD. Seramai 60 orang peserta termasuk seorang non-muslim telah berjaya menamatkan latihan dan merancangan misi luar negara mengikut kampus & grup masing-masing. Misi yang telah dirancang seperti kajian tokoh Ibn Battutah di Maghribi & China, Ibn Khaldun di Maghribi, Cheng Ho di China, Hamka di Padang, Indonesia, Al-Fatih di Mesir & Palestin, Muhamad Ali & Malcom X di USA dan seorang tokoh ulama di Nigeria. Sebelum itu mereka akan menjalani latihan berkala dalam negara. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta memberi keyakinan peranan mereka dalam meneladani tokoh akan berjaya.



3 comments:

  1. Besarlah harapan kami sekiranya gptd unisel sudi memberi tunjuk ajar kepada kami..=)

    ~GPTD Legenda~

    ReplyDelete
  2. Salam ukhwah,blh x bgtau antara aktiviti yg korang buat kt UNISEL?contohnya mcm aktiviti mgguan ke n mcm ne nk tarik peserta?

    ReplyDelete
  3. Kepada MuhD NoR AzyM
    Tiada masalah untuk berkongsi idea & tunjuk ajar. Jemputlah ziarah kami di Bestari Jaya (Batang Berjuntai). Mungkin kita boleh buat Hari Ukhwah bersama.

    Kepada Faizreen
    Kami sebenar baru setahun jagung. Tapi apa yang penting kerja=amal yang kita buat. "Kita mulakan dengan apa yang kita tahu. Kita bina dengan apa yang kita ada". Program mingguan, Diskusi Al-Amin (kumpulan pengkajian). Breakfast Meeting (Bulan Puasa ini takde la). Riadah Bermodul insya Allah!

    ReplyDelete


Related Posts with Thumbnails