Bestari
Jaya, 19-29 Mei 2015 – GPTD Unisel telah
menjalankan XPDC HAMKA yang bertempat di Jakarta, Indonesia. Lawatan selama 11
hari ini memberi peluang kepada aktivis GPTD yang terdiri daripada 6 orang sukarelawan
untuk melihat sendiri tempat-tempat bersejarah di Indonesia di samping membuat
perjumpaan bersama kedutaan Malaysia di Indonesia.
Diskusi
utama adalah mengenai pemikiran Hamka, ulama sekaligus sastrawan besar
Indonesia. Di samping temubual bersama keluarga Hamka dapat memberi kita
peluang untuk mengkaji perspektif lain dalam diri Hamka dan sumbangannya.
Harapan saya supaya masyarakat masa kini khususnya
golongan belia lebih berminat untuk mengkaji sejarah lampau kerana tanpa
sejarah kita tidak akan tahu asal usul.
No comments:
Post a Comment