SUBANG, 25 Oktober 2014 (kemaskini 9.00 pagi) – Grup Pengkaji
Tamadun Dunia (GPTD) telah melaksanakan Induksi Relawan TURDA – Projek Turun Ke
Desa yang bermula semalam di Pusat Dakwah IOA Selangor, Subang. 16 relawan yang
terdiri daripada Universiti Selangor (UNISEL) yang komited hadir untuk
memperkukuhkan objektif dan memperkemas gerak kerja sebelum, semasa dan selepas
projek. Para relawan dijangkakan fokus untuk Khidmat Pendidikan dan Kajian
Sosio Budaya di Kg Tundangon, Ranau Sabah selama dua minggu bermula 17-31
Disember 2014 bagi meninjau keperluan masyarakat mualaf dari segi pendidikan
dan bantuan asas. “Latihan di dalam
induksi akan membantu relawan mendapat gambaran jelas melalui simulasi yang
dijalankan”, kata Pengarah Projek Turda, Saudari Ummahatul. GPTD mendapat
sokongan dan kerjasama daripada NGO Sabah, ABIM, Rumah Putera Harapan dan
Universiti Malaysia Sabah dalam menjayakan projek kali ini. Sumbangan boleh
disalurkan ke akaun AmIslamic Bank atas nama GRUP
PENGKAJI TAMADUN DUNIA UNISEL 124-202-200155-5.
GPTD=grup_pengkaji_tamadun_dunia | AIS=aktivisme+intelektualisme+spiritualisme | 3M=menjejak.meneladani.memimpin
Sunday, October 26, 2014
Label:
ABIM,
Aktivisme,
Antarabangsa,
Artikel,
Bengkel,
Dokumentari,
GPM,
GPTD Pusat,
Sukarelawan,
Travelog,
XPDC HAMKA,
XPDC Wali Songo
Sunday, October 5, 2014
PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL ADHA : MENGAMBIL SEMANGAT PENGORBANAN NABI IBRAHIM
Hari ini seluruh umat Islam memperingati hari raya Idul Adha atau hari raya
qurban. Sehari sebelumnya, 9 Dzulhijah 1435 H, jutaan umat Islam yang
menunaikan ibadah haji wukuf di Arafah, berkumpul di Arafah dengan memakai
ihram putih sebagai lambang kesetaraan derajat manusia di sisi Allah, tidak ada
keistimewaan antara satu bangsa dengan bangsa yang lainnya kecuali
takwa kepada Allah.
Allahu Akabar,
Allahu Akabar, wa lillaahl hamd,
Hari raya ‘Idul
Adha ditandai dengan peristiwa kemanusian dalam sejarah kehidupan manusia yang
tidak mampu dilakukan oleh siapapun, hanyalah oleh Nabi Ibrahim dan anaknya
Nabi Ismail, iaitu “pengorbanan” yang bermuara pada iman dan taqwa kepada Ilahi
Rabbi, Allah semesta alam. Allahu Akabar, Allahu Akabar, wa lillaahil
hamd!
Allah berfirman yang bermaksud :
Artinya:
“Setelah anak itu
mencapai umur, Ibrahim bertanya kepadanya, “Hai anakku, kulihat dalam mimpi
bahwa aku “menyembelihmu sebagai kurban, bagaimana pendapatmu”? Anaknya
menjawab, “Wahai ayahku, kerjakanlah yang diperintahkan kepadamu. Insya Allah
ayah akan menemukan aku sabar menerima” [as-shaaffat:37:102].
Seluruh dunia bakal
menyaksikan tumbangnya ribuan haiwan yang bakal dikorban kerana Allah. Kita
mulakan korban dengan kalimah Allahu akbar dan kasih sayang kerana Allah. Kita sedar
bahawa dalam majlis korban, bukanlah daging dan darah yang diinginkan Allah,
tetapi keikhlasan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi hubungan hamba dan
Pencipta. Bagaimana ikhlas mampu menjadi asas pembinaan takwa?
Pertama,
korban ditandai dengan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Jika
diteliti dengan mata kasar, bukan mudah seorang bapa mahu melaksanakan tugas
besar yang sememangnya mencabar iman dan jiwa. Namun atas keimanan dan
keikhlasan kepada Allah, baginda reda dengan ketentuan itu.
Seharusnya kita memikirkan bagaimana hendak membina keikhlasan kita dengan Allah melalui
semangat korban. Kita mulakan dengan diri iaitu amalan yang paling dekat dan
mudah iaitu dengan sedekah untuk memupuk sifat ikhlas dalam diri. Berapa banyak
kita berkorban kerana Allah? Apakah kita benar-benar yakin bahawa korban yang
dilakukan akan mendatangkan hasil satu hari nanti? Apakah masih wujud prasangka
atau was was dalam hati jika kita melakukan sesuatu kita akan mendapat hasilnya
suatu masa nanti? Itulah persoalan yang perlu dihuraikan dan jawapannya sudah
pasti ada pada diri kita.
Begitulah Islam mendidik jiwa umatnya agar
sentiasa ikhlas dalam setiap pekerjaan seharian. Jangan pernah kita lupa bahawa
kehidupan kita seharian ini tidak dapat lari dari ujian dan ketetapan Allah S.W.T.
Mari kita jadikan semangat Hari Raya Aidil Adha ini sebagai satu motivasi dalam
manifestasi kita memahami makna sebuah perjuangan dan pengorbanan. Tiada
perjuangan, tanpa pengorbanan dan tiada perjuangan tanpa penat lelah. Semoga
kita terus konsistan dan istiqamah dalam meneruskan misi Rahmatan Lil Alamin.
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Industri, Fakulti Sains & Bioteknologi, Universiti Selangor
Subscribe to:
Posts (Atom)