YALA 22 April 2014 - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Foundation For Education & Human Resource (FEHRD) telah menjayakan Jejak Patani | Khidmat Pendidikan English Camp di Sekolah Santitham A,Muang J, Yala, Thailand. Turut dibantu oleh sukarelawan Grup Jejak Patani dan Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK). Seramai 10 sukarelawan yang mengikuti program ini bermula dari tanggal 18 hingga 22 April 2014. Projek ini bertujuan untuk membimbing seramai 120 pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dalam memantapkan penguasaan bahasa inggerish dalam kalangan peserta. Elemen jati diri dan spritiual diterapkan dalam kalangan peserta seperti aktiviti yang melibatkan permainan diluar bilik darjah.
"Kami rasa terpanggil untuk mengajar di sini selepas memahami cabaran pertembungan budaya Melayu-Siam yang menyebabkan anak-anak Melayu Muslim merasa rendah diri. Bukan sahaja penguasaan bahasa Inggeris yang lemah malah, menghadapi masalah bertutur dalam bahasa Melayu piawai", kata saudari Tengku Farhanan selaku pengarah projek. Timbalan Gabenor Wilayah Yala sempat berkunjung melihat projek ini dan memuji segala usaha yang telah dilakukan. Projek ini adalah projek tahunan dan akan diteruskan setiap tahun. Grup Jejak Patani adalah entiti di bawah Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD UNISEL). Kami mengalu alukan penyertaan sukarelawan yang serius membantu perjuangan pendidikan dan seterusnya menyumbang kepada perjuangan pendidikan masyarakat Patani. Jika berminat sila daftar di http://bitly.com/gptdvolunteer
Disediakan oleh,
Sukarelawan Grup Jejak Patani