Batu Pahat, 28 September 2009 - Presiden GPTD telah menerima khidmat pesanan ringkas daripada salah seorang aktivis GPTD, Mohd Akhmal Mohd Noor pada jam 1.29 pagi yang memaklumkan pemergian bapanya yang terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Johor.
Sebelum itu, Sdr Akhmal dan isterinya serta anak sulungnya sempat bersama-sama Presiden dan Penolong SUA, Abdul Hakim Shahbuddin menziarahi En Jambri (pegawai Imigresen yang pernah bertugas di Guangzhou, China) di Bukit Tinggi Klang sempena Aidilfitri.
Sdr Akhmal kini masih dalam perjalanan pulang ke rumah ibubapanya di Batu Pahat dan tidak berkesempatan bertemu dengan bapanya sebelum dia meninggal dunia.
Mohon agar semua pembaca blog khususnya ahli-ahli GPTD untuk sedekahkan al-Fatihah buat allahyarham.Moga Allah cucuri rahmatNya ke atas allahyarham dan ditempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh.
No comments:
Post a Comment