Bestari Jaya, 8 September 2009 - GPTD UNISEL ingin mengajak warga Unisel untuk membudayakan "Tapaw Mania". Idea ini merupakan cetusan alternatif kepada penggunaan polistrina. Tapaw adalah istilah Bahasa Cina yang bermaksud bungkus. Mania pula membawa makna secara meriah. Fakta yang perlu anda ketahui, kesan sampingan penggunaan polistrina akan mengakibatkan kanser. Dari segi alam sekitar pula, polistrina memerlukan 400 tahun untuk dilupuskan. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan untuk menjayakan budaya Tapaw Mania adalah dengan membawa bekas makanan sendiri semasa membeli makanan di kafeteria atau gerai. Ini akan bukan sahaja boleh membantu penjagaan alam sekitar malah pengusaha kafeteria dapat menjimatkan kos. Satu lagi alternatif yang boleh dilakukan oleh pihak pengusaha kafeteria adalah dengan menggunakan ecopak (bekas makanan seperti polistrina tetapi mesra alam). Dari segi kos, pihak pengusaha kafeteria boleh mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM0.20. Pameran Selamatkan Dunia Baru akan berlangsung selama 4 hari bermula 8 sehingga 11 September 2009.
No comments:
Post a Comment