Gempa di Sumatera Barat itu berlaku hampir sebulan selepas Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat digegarkan dengan gempa kuat yang mengorbankan 123 orang. Ia juga berlaku selang sehari selepas gempa kuat menggegarkan Lautan Pasifik yang mencetuskan tsunami di kepulauan Samoa, American Samoa dan Tonga awal pagi ini menyebabkan 113 orang terkorban, manakala 50 yang lain cedera dan berpuluh-puluh lagi dilaporkan masih hilang.
Sementara itu, televisyen tempatan melaporkan jalan di Kota Padang terputus sama sekali dan bekalan elektrik serta komunikasi juga terputus. Sumatera Barat dilanda gempa kedua berukuran 6.2 pada skala Richter pada pukul 5.38 petang yang turut menggegarkan kawasan Pariaman di kedalaman 110 kilometer dari dasar laut. Reuters melaporkan gempa menyebabkan sejumlah rumah dan jambatan rosak serta berlaku kebakaran di Padang. ABIM yang mendapatkan maklumat terkini daripada rakan NGO di sana melaporkan Pesantren Buya Hamka juga terpaksa dipindahkan akibat gempa bumi yang berlaku semalam.
Gegaran akibat gempa tersebut turut dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Malaysia termasuk di ibu negara, Kuala Lumpur. ABIM dan GPM akan mula menjalankan misi bantuan kemanusian dan perubatan untuk dihantar ke sana. Antara bantuan semasa yang diperlukan adalah khemah dan perubatan. Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh melayari www.abim.org.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Nota : perkembangan terkini akan dilaporkan dari semasa ke semasa.
- Unit Media
Penasihat
Minta aktivis Grup Hamka mengikuti perkembangan ini sedekatnya. Dapatkan maklumat bagaimana grup boleh membantu untuk meringankan beban saudara-saudara umat di sana.
No comments:
Post a Comment