14 Ogos 2009 | Jumaat
Hujan renyai-renyai yang turun ke bumi tanda kekuasaan ALLAH s.w.t, kami dari Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel seramai 17 orang berangkat meninggalkan Unisel pada jam 3.00 petang menuju ke Negeri Sembilan bagi mengikuti Kem Sakti anjuran ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) & Grup Pengkaji Tamadun Dunia. Perjalanan menuju ke destinasi yang kami tuju mengambil masa kira-kira 2 jam kiranya kerana dalam perjalanan saya tidak melihat jam yang berada di tangan tapi menikmati perjalanan dengan mimpi-mimpi yang indah yakni tidur.
Walaupun tidur menjadi agenda utama saya dalam perjalanan tetapi tidak bagi rakan-rakan yang lain, mereka mengambil peluang ini dengan bercerita antara satu sama lain samaada mengeratkan ukhwah ataupun saling bertukar pendapat.
Setibanya kami di Pusat Dakwah Islamiyyah Negeri Sembilan, ‘besarnya..’ saya yakin pasti rakan yang lain juga mempunyai perasaan yang sama dengan saya melihat betapa besarnya pusat ini.kami telah disambut oleh fasilitator-fasilitator di hadapan surau pusat tersebut. Kami diarah untuk mendaftar di dalam surau dan mengambil kunci bilik. Saya beserta kawan mengambil bilik yang menempatkan 3 orang. Sebelum balik ke bilik masing-masing kami menunaikan kewajipan kepada yang Maha Esa, solat Asar, tenang rasanya apabila selesai menunaikan kewajipan itu.
Terpegun rasanya melihat betapa betapa besar dan elegan ruang dewan makan pusat ini. Selain makanannya yang seperti berada di hotel bertaraf 5 bintang. Namun menuju ke ruang dewan makan ini terselit peristiwa lucu, disebabkan kedengaran lagu keroncong daripada perut kami dan dengan rasa kaki yang tidak sabar melangkah ke ruang dewan makan, kami menuju dengan penuh yakin mencari di mana dewan makan tersebut.
“hmm..rasanya aku boleh cium bau ayam goreng la..”, kataku kepada kawan sebelah, tergelak rakan semua mendengarnya.
Tetapi dah beberapa langkah kaki melangkah, namun tempat tersebut tidak kami temui.
“manalah dewan makan ni..?”, kata kawan seperjuangan. Sesungguhnya pencarian itu memerlukan pengorbanan. Hehehe...
Hinggalah kakak fasi dari jauh melambai kepada kami dengan memberi isyarat bahawa kami berada di arah yang bertentangan.
Hahaha...padan muka...
Selesai makan, aktiviti kami di isi dengan ceramah bertajuk ‘sukarelawan’. Prof. Azimi Hamzah memberi penerangan mengenai aktiviti sukarelawan tersebut.
Beliau dalam ceramahnya berkata iman mempunyai banyak cabang yakni 70 cabang. Selain itu, beliau memberitahu Negara Malaysia mempunyai 56,000 organisasi sukarelawan yang berdaftar.Belia di Amerika dalam perangkaan beliau lebih ramai yang cenderung terhadap aktiviti sukarelawan iaitu 60%.
Sebab berorganisasi yang mana daripada ajakan majikan, rakan, keluarga serta ajakan dari ahli organisasi antara sebab mengapa belia di Malaysia mengikuti aktiviti sukarelawan.
Tiada masa, tiada siapa yang ajak, tidak berminat dan banyak lagi merupakan mengapa ramai yang tidak terlibat dalam aktiviti tersebut serta tidak lagi merasa seronok tidak selari dengan pertumbuhan diri merupakan sebab bagi mereka yang menarik diri, dan banyak lagi pengisian yang diberikan. Selesai memberikan ceramah tersebut, Prof.Azimi memberi ruang selama 3minit kepada kami untuk menanyakan beberapa soalan..
Seminit berlalu...
Dua minit meninggalkan...
Tiga minit akhirnya menjelma...
Ramai peserta menanyakan soalan dan keinginan untuk bertanya pada diri saya juga membuak-buak tapi dikekang oleh rasa malu dan tidak yakin pada diri. Selesai sahaja ceramah tersebut, kami dijamu dengan minum malam dan terus pulang ke bilik untuk merehatkan diri.
15 Ogos 2009 | Sabtu
Kami bangun seawal 5 pagi sememangnya memenatkan dan mata terasa malas sekali untuk bangun di p-agi ini tetapi harus juga saya memaksa diri dan mencapai tuala untuk mandi. Terasa dingin menusuk ke tulang air di pagi subuh ini. Kami bersiap secepat mungkin untuk menunaikan solat subuh berjemaah di surau pusat Dakwah Islamiyyah. Ceramah disampaikan selepas menunaikan solat tersebut.
Kami meneruskan agenda hari ini dengan aktiviti riadah.
Selepas berriadah, kami dijamu dengan sarapan pagi di ruang dewan makan.
Seterusnya kami sekali lagi diberi ceramah oleh Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman. Apa yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam ialah bagaimana seseorang itu harus yakin pada diri dan melihat segalanya dari sudut yang positif sekiranya ingin maju dalam hidup.
Selain itu, seseorang itu perlu serius dalam apa yang dilakukannya dan dalam perbincangan serta mengkaji setiap permasalahan dunia supaya terbit sikap ambil peduli dalam diri kita terhadap masyarakat sekeliling kita sekaligus melahirkan insan yang berguna. Tuan Haji Ahmad Azam juga memberitahu setiap orang yang mengikuti GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia) sekurang-kurangnya mesti menguasai 5 bahasa. Ini merupakan salah satu matlamat GPTD ditubuhkan. Nilai-nilai yang perlu ada pada ahli GPTD ialah globalization, ummah iaitu mempunyai niat untuk berusaha mangangkat umat kita di dunia ini. ‘Aktivisme’ bermakna melakukan perubahan dalam diri dan belajar untuk mandiri iaitu tiap apa yang dilakukan dengan sendiri tanpa mengharapkan orang lain salah satu nilai yang perlu ada selain kerohanian dan ilmu.
Ceramah seterusnya disampaikan oleh Tuan Haji Shamsul Azhar B. Yahya yang bertajuk Pembentukan Belia Melalui Kerja-Kerja Sukarela & Pengalaman Ikhwan al-Muslimin Mesir.Sekali lagi kami diperkenalkan makna ‘sukarelawan’ iaitu sukahati tanpa paksaan.
Perspektif agama, kepuasan, suka bantu orang lain, perasaan dan rasa sepunya merupakan dorongan sukarelawan dalam menjalankan aktiviti sukarela antara pengisian dalam ceramah tersebut. Selain memberitahu faktor sukarelawan merosot dalam pekerjaan iaitu perkembangan ekonomi seperti masalah keluarga, pembandaran dan perindustrian, dasar dan sikap pemerintah, masalah dalam sukarela dan nilai dalam masyarakat itu sendiri.
Oleh itu, Tuan Haji Shamsul menekankan bahawa setiap sukarelawan itu perlu menerapkan nilai-nilai yang positif seprti mesra/ceria, komitmen dan menghormati antara satu sama lain.
Hasil daripada cermah tersebut saya dapat memahami dengan lebih dalam bahawa penting sukarelawan dalam mengamalkan nilai-nilai positif dan menerapkan dalam diri.Ini membuat saya berfikir bahawa sebelum membantu orang lain, kita harus membantu diri sendiri dahulu kearah kebaikan.
Ceramah di akhiri dengan memberikan cenderahati kepada Tuan Haji Shamsul Azhar oleh pengerusi GPTD. Aktiviti kemudiannya di isi dengan mengisi perut yang lapar kemudian solat zohor berjemaah.
Kami kemudian disajikan dengan tayangan video dan penerangan ringkas oleh para fasi GPTD mengenai aktiviti yang penah mereka pergi dan lakukan.Namun terdapat video yang paling menarik hati saya iaitu perjalanan Al-Fatih. Video yang sungguh menyentuh hati. Perjalanan dalam merebut kawasan (lupa) kerana Allah s.w.t walaupun diulit seribu rintangan namun semangat yang ada tidak pernah melunturkan semangat baginda. Malah semakin hari semakin tinggi semangat juang yang ada sehingga mereka Berjaya.
Sedikit sebanyak saya tanamkan dalam hati bahawa saya tidah harus cepat berputus asa walaupun beribu rintangan yang datang tapi menjadikan itu sebagai batu loncatan untuk Berjaya kerana sesetengah orang menganggap halangan sebagai penghalang tetapi sesetengah orang menganggap sebaggai batu loncatan untuk berjaya.
Kami kemudian bergerak untuk minum petang sebelum menunaikan solat Asar.
‘Ibu mengandung’, permainan yang unik, seunik namanya. Permainan tersebut diberikan nama tersebut kerana memerlukan kami mengikat satu hujung tali di perut dan satu hujung di botol yang berisi air dan permainan tersebut memerlukan seramai 6 orang. Kami kemudian berjalan ke tempat yang di tuju dengan masing-masing membawa botol yang berisi air seperti lagak seorang ibu yang mengandung. Namun, botol tersebut tidak boleh menyentuh darat.
Senja melabuhkan tirai tanda malam menjelma semula, kami bergegas untuk bersiap sebelum pergi ke ruang makan untuk makan malam, seterusnya menunaikan solat magrib berjemaah.Kami mendengar kuliah magrib dan menunaikan solat Isyak selepas itu.
Kami berjalan menuju ke bilik kuliah untuk mendengar ceramah yang seterusnya iaitu mengenai Rihlah Ibn Battutah oleh Syed Nurulakla Syed Abdullah.
Beliau menerangkan bahawa tokoh agung ini merupakan pengembara agung di dunia. Beliau menceritakan bagaimana tokoh agung ini melalui perjalanannya merentasi dunia dan menghadapi setiap orang yang ditemuinya. India merupakan tempat beliau yang paling lama sejak merantau sehinggakan beliau dilantik menjadi kadi dan menjadi kepercayaan sultan di India. Beliau mula merantau seawal 21 tahun, saya terfikir sejenak bagaimana umur sebegini sangat berani untuk pergi merantau seorang diri sehinggakan mendapat kepercayaan Sultan.
Selain penerangan mengenai tokoh agung tersebut, beliau juga menyelitkan pengalaman beliau dalam menghasilkan buku “Rihlah Ibn Battutah” bagaimana selama 10 tahun beliau menghasilkan sebuah buku dengan menterjemah ke bahasa melayu.
Ilmu yang diberikan tidak terkira rasanya dan saya membandingkan dengan diri saya betapa kurangnya ilmu yang saya ada. Melalui gaya percakapan beliau juga dapat memperlihatkan beliau seorang yang sangat berpengetahuan,sentiasa muncul di benak ini bagaimana agaknya saya akan menjadi seperti beliau tetapi saya yakin dan bersyukur apa yang ada dan mencuba untuk menjadi seperti beliau. Hmm...wujud satu cita-cita insya-Allah dapat saya capai. Amin!
Selepas ceramah tersebut, Kak Tini pula mengambil tempat untuk memberi penerangan ringkas mengenai GPTD yang mana telah pun wujud di UNISEL. Kak Tini menerangkan bagaimana GPTD beroperasi di Unisel, sebagaimana GPTD lain, kami di Unisel juga sentiasa menggerakkan GPTD Unisel. Bagaimana GPTD bergerak adalah melalui gerak kerja yang dilakukan oleh ahli GPTD itu sendiri. Penerangan ringkas itu akhirnya berakhir.
Ucapan seterusnya oleh pengerusi GPTD iaitu Saudara Jufitri Joha. Beliau memberitahu setiap peserta dibahagikan mengikut universiti ataupun kolej masing-masing. Kemudian setiap kumpulan dikehendaki membincangkan perancangan masa hadapan dan membentangkan keesokan harinya. Majlis bersurai tepat 12.30 malam.
16 Ogos 2009 | Ahad
Seawal 6.00 pagi kami telah bangun dan menyiapkan diri untuk menunaikan solat subuh. emudian turun untuk riadah bersama.
Sempena hari terakhir a.k.a hari penutupan majlis maka pembentangan pun dilakukan bagi setiap kumpulan. Kumpulan USIM merupakan pembentang pertama yang mana mereka membahagikan grup mereka kepada 3 grup. Grup pertama akan pergi ke Syria iaitu seramai 5 orang, grup ke dua pula akan, membuat khidmat social dan ketiga membina khidmat jaringan. Kesemuanya memenuhi objektf GPTD yang mana mereka ingin menguasai bahasa.
Seterusnya kami iaitu grup dari Unisel membentangkan kertas kerja yang ingin dibentangkan iaitu berkenaan pengkajian tokoh terkenal di Indonesia (Hamka) dan jaringan antarabangsa. Matlamat kami adalah untuk menguasai bahasa selain dapat mengeratkan ukhwah antara Negara Islam.
Seterusnya Grup Lagenda yang mana mereka ingin ke Nigeria dengan tujuan agar mereka dapat menguasai bahasa selain mengkaji tokoh-tokoh yang agung.
Kemudian ucapan perasmian penutupan oleh Encik Shahril Izabuddin. Maka dengan itu, berakhirlah kem ini yang dihadiri daripada beberapa institut. Sesungguhnya pengalaman yang amat bermakna ini akan sentiasa tersemat di minda dan kekal di hati kerana ilmu yang saya dapati.
Sekian....
No comments:
Post a Comment