Bestari Jaya, 5 September 2009 - Bendahari & Unit Ekonomi, Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel sedang dalam peringkat perbincangan untuk menjalankan tinjauan di Bazar Ramadan. Tinjauan ini bertujuan melihat gaya pembelian dikalangan mahasiswa Unisel serta tahap kepuasan perkhidmatan yang disediakan. Selain itu tinjauan dari kalangan penggerai juga dilakukan bagi mendapatkan respon kepuasan pihak penganjur dan pengunjung yang datang.
Kajian tinjauan dijangka dilaksanakan pada minggu hadapan di tiga lokasi berasingan iaitu dua di dalam kampus dan satu lagi di kg Bestari Jaya. Kriteria yang difokuskan berdasarkan kesihatan, kebersihan, perkhidmatan, harga dan etika. Kajian ini diketuai oleh Saudari Hafizah yang merupakan Bendahari GPTD UNISEL dengan dibantu oleh Saudara Izzat sebagai Ketua Unit Ekonomi. Harapan daripada kajian tinjauan ini akan diserahkan kepada pihak yang berkenaan agar pengurusan dan perlaksanaan pada masa akan datang dapat diperbaiki hendaknya.
- Unit Media
No comments:
Post a Comment