Pada 13 September 2009, Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein , mengumumkan tentang Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) Alternatif yang boleh dimiliki dengan harga serendah RM100 untuk 32 muka surat dengan tempoh sah laku dua tahun serta jaminan ciri-ciri keselamatan. Terdapat dua kategori pasport dari aspek kos pemilikan iaitu RM300 untuk 32 muka surat dan RM600 untuk 64 muka surat dengan tempoh sah laku lima tahun. PMA Alternatif adalah sama dengan pasport sekarang, tetapi ia telah dipertimbangkan secara praktikal untuk rakyat yang tidak menggunakannya secara kerap.
Ini merupakan dasar yang bijak daripada kerajaan kerana ia akan membantu lebih rakyat untuk menziarahi kaum keluarga yang jauh diperantauan. Malah usaha ini akan menggiatkan pertemuan antara usahawan dan pelajar meluaskan jaringan antarabangsa. Dialog Persahabatan dapat diadakan bagi menjelaskan isu-isu sensitif di antara dua negara. GPTD UNISEL sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana secara tidak langsung usaha menghantar misi luar negara dapat menjimatkan kos serta menggalakkan lagi siri pengembaraan ilmu ke seluruh dunia di kalangan generasi muda.

Nota : Semua aktivis GPTD UNISEL diWAJIBkan membuat pasport selepas sambutan Hari Raya dengan kadar segera.
- Penasihat
No comments:
Post a Comment