Friday, September 4, 2009

Catatan Perjalanan SAKTI

Saya telah pun membuat bacaan catatan yang telah dihasilkan oleh para peserta Kem SAKTI. Tahniah & Syabas kepada semua kerana belajar menulis. Macam-macam ragam penulisan yang dinukilkan bagi menggambarkan pengalaman yang dikutip semasa berada di kem. Ada yang perlu diperbaiki lagi. Tidak kurang juga yang mempunyai bakat penulisan kreatif. Mungkin saudara saudari boleh mencontoh catatan yang dihasilkan oleh Ibn Battutah tokoh pengembara tersohor di dalam karya agung beliau iaitu Pengembaraan Ibn Battutah. Cara yang digunakan oleh beliau sangat menarik dan kreatif untuk dibaca. Pengkisahan pengalaman yang jujur dan saya yakin pembaca akan dapat merasakan seolah-olah mereka berada dalam situasi yang digambarkan oleh beliau. Insya Allah bagi melatih aktivis GPTD UNISEL, pihak sekretariat akan menganjurkan Bengkel Penulisan untuk memantapkan lagi gaya penulisan serta persediaan sebelum menjalankan Misi luar negara. Sekian Wassalam.

Nota : Catatan terbaik akan disiarkan di dalam blog ini.

- Tuan Penasihat

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails