Apakah itu Isra’ Mi’raj? Ianya ialah peristiwa dimana
diperjalankannya Rasulullah saw. oleh Allah swt di suatu malam bulan
Rejab pada tahun ke-11 dari kenabiannya, dari Masjid al Haram di Mekah
ke Masjid al Aqsha di Palestin dengan mengenderai Buraq, kemudian naik
ke langit yang ke tujuh hingga ke Sidratu al Muntaha, untuk
diperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Allah.
“Tatkala
Sidratul Muntaha ditutupi oleh bermacam hal yang melingkupinya, tetapi
pandangannya (Rasulullah saw.) tidak sampai menyimpang dan tidak pula
melampauinya(Sidratul Muntaha). Sesungguhnya dia (Rasulullah saw.) telah
melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Agung” (Q.S Al
Najm: 16-18) “Sesungguhnya dia (Muhammad saw.) benar-benar telah
melihatnya (jibril) untuk yang kedua kalinya (dalam bentuk aslinya) di
dekat Sidratul Muntaha. Di dekatnya terdapat Jannatul Ma’wa” (Q.S Al
Najm: 13-15)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj
bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap
kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati
pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang
baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj
yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran
seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah
S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa
dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar
kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan
berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk
menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa
tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik
Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj
itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan
Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan
bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi
Wasallam. Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang
berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar
dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat
bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat
Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam) Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa
adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi
laknatullah.
Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan
berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali
kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih
bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara
kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan
menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh
saudara-saudara kita di Palestin. Adakah perubahan kiblat dari Baitul
Maqdis di Palestin ke Baitul Haram, Mekah merupakan perancangan Allah
untuk umat Islam lebih memahami konteks Israk Miraj ini? Renungkan umat
Islam.
Saya juga menyeru untuk umat Islam lebih bersedia
untuk menghadapi yang mana beberapa hari lagi kita akan masuk ke dalam
bulan Rasulullah s.a.w iaitu bulan Syaaban. Sudahkah banyak amalan sunat
sudah kita lakukan semasa bulan Rejab ini. Saya mengajak umat Islam dan
diri saya untuk memperbanyakkan lagi amalan-amalan untuk persediaan
Ramadan.
*Penulis merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana
Psikologi Industri di Universiti Selangor. Sedang menjalani latihan
industri di INTEC,Seksyen 17 Shah Alam. Untuk sebarang perkara yang
berurusan persatuan sila berhubung terus dengan Setiausaha Agong GPTD ,
saudari Ummah.
NOR HAFIZ BIN RAZALI
Presien GPTD UNISEL