Shah Alam, 14 Mei 2011 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan usahasama Universiti Selango (UNISEL) telah menganjurkan Forum Pengkisahan ABIM sempena ulangtahun ke 40. Mahasiswa, wakil-wakil persatuan juga dijemput hadir. Kehadiran seramai 2000 orang memenuhi Dewan Serbaguna Unisel Shah Alam mendengar dengan khusyuk dan perhatian dengan sekali sekali gelak ketawa dek kerana celoteh pengalaman mantan-mantan presiden ABIM iaitu Prof Dr Razali Nawawi, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Prof Dr Datuk Siddiq Fadzil. Pengkisahan dan pesanan mereka memang memberi inspirasi kepada perjuangan ummat Islam di Malaysia dan dunia.
Peranan dan sumbangan ABIM kepada negara dan antarabangsa memang tidak dapat dinafikan sehingga diperakui oleh sarjana dalam dan luar negara. Anwar Ibrahim adalah nama yang dicatatkan sebagai orang yang paling berperanan besar dalam kesedaran Islam di Malaysia khasnya. Dr Siddiq Fadzil juga berpesan kepada generasi jamaah "Keinginan kami adalah ingin mendidik adik-adik & anak-anak supaya berjuang tanpa mengharapkan apa-apa. Kita hanya harapkan redha Allah saja". Tetamu khas yang hadir adalah Tokoh Maal Hijrah, Syeikh Wahbah Zuhayli yang berpesan agar para pejuang dan daie meneladani kisah nabi dan rasul yang diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Turut hadir dalam acara ini adalah aktivis GPTD seluruh Malaysia.
Nota : GPTD digagaskan oleh Presiden ABIM yang ke-5, Tn Hj Ahmad Azam Abdul Rahman.
No comments:
Post a Comment