Wednesday, May 18, 2011

LAWAT ke Gurdwara Sahib Bestari Jaya

Bestari Jaya, 18 Mei 2011 - Lawatan Rumah Ibadah (LAWAT) anjuran Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel (GPTD) telah dilaksanakan dengan penuh santai dan hikmah. Tujuan lawatan ini adalah untuk membina hubungan kemanusiaan dan saling kenal mengenali latarbelakang agama masing-masing. Guru di Gurdwara Sahib, Rumah Berhala Sikh Bestari Jaya telah menyambut kehadiran rombongan GPTD dengan penuh kemesraan. Guru yang berasal dari India hanya boleh bertutur dalam bahasa Punjabi.

LAWAT telah mengadakan Dialog Khas dengan bantuan penterjemah, Sdr Khasmir yang juga warganegara India tetapi boleh berbahasa Melayu kerana sudah lima tahun bekerja di Malaysia. Dialog Khas berkisar tentang kitab, hukum, amalan, tokoh agama masing-masing. LAWAT telah diketuai oleh En. Izwan Suhadak selaku Penasihat GPTD Unisel dan diiringi oleh Sdr Nor Hafiz dan Sdri. Hafiza Arifah. LAWAT adalah usaha ziarah ke rumah ibadah untuk mengkaji dan memahami lebih lanjut tentang agama yang dianuti. "Ini adalah LAWAT yang pertama secara rasmi. Sebelum ini kita pernah ke Gereja White House di Batu Arang yang menempatkan pesakit-pesakit HIV dari kalangan muslim", kata En Izwan. Jika ada yang berminat untuk turut serta dalam LAWAT sila hubungi 010.269.3310 (Amy) atau emel ke gptdunisel@gmail.com.

- Unit Media

1 comment:

  1. Gurdwara tidak boleh dikenali sebagai Rumah Berhala kerana umat tidak memuja sebarang jenis berhala atau gambar dan mereka hanya bersembahyang kepada yang Maha Esa. Dan umat Sikh diajar bahawa Tuhan adalah satu.

    ReplyDelete


Related Posts with Thumbnails