- Malas melakukan ketaantan dan amal ibadah.
GPTD=grup_pengkaji_tamadun_dunia | AIS=aktivisme+intelektualisme+spiritualisme | 3M=menjejak.meneladani.memimpin
Sunday, April 29, 2012
Hati yang Keras Membatu - Mengapa?
Saturday, April 28, 2012
Ikhlas...
Friday, April 27, 2012
Boleh ke lelaki pakai emas?
Oleh itu, jam yang dibuat dari emas haram lelaki memakainya.[1] Begitu juga, jam yang bukan keseluruhannya dari emas, akan tetapi terdapat bahagian tertentu dibuat dari emas –seperti jarumnya, lingkungan mukanya, tangannya atau sebagainya- juga diharamkan lelaki memakainya kerana ia juga termasuk dalam makna menjadikan emas sebagai perhiasan.[2]
2. Adapun jam yang bersalut emas; jika salutan emas itu adalah tiruan (yakni bukan emas, tetapi air emas atau bahan lain yang berwarna seperti emas), tidaklah dilarang. Namun jika salutan itu sememangnya emas (yakni jam yang dibuat dari logam lain, kemudian disalut dengan lapisan emas di luarnya), para ulamak berbeza pandangan;
a) Menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Hanafi, Maliki dan Syafiie); jika salutan emas itu banyak, ia adalah haram dipakai oleh lelaki. Jika ia sedikit, tidak haram memakainya, akan tetapi makruh. Ukuran untuk menentukan banyak atau sedikit ialah; jika emas itu masih dapat dipisahkan dari logam yang disalutinya –dengan cara peleburan, pengikisan atau seumpamanya-, ia dianggap banyak. Jika sudah tidak dapat dipisahkan –dengan apa cara sekalipun-, ia dikira sedikit.[3]
b) Menurut mazhab Hanbali; diharamkan memakainya sama ada salutan emas banyak atau sedikit, sama ada emas itu dapat dipisahkan atau tidak lagi dapat dipisahkan, kerana larangan Nabi dalam hadis tadi adalah umum merangkumi pengertian emas secara amnya (tanpa diikat dengan sedikit atau banyak). (al-Insaf, 1/478)
Tindakan terbaik ialah kita tidak memakainya kerana jumhur ulamak yang mengharuskannya tadi mereka mengharuskannya dengan hukum makruh (yakni sekalipun tidak haram memakainya, akan tetapi makruh). Lagipun apabila terdapat khilaf di kalangan ulamak, jika kita dapat mengambil jalan untuk lari dari khilaf (dengan tidak melakukannya), itulah tindakan terbaik.
Wallahu a’lam.
Kepentingan Solat Jumaat
ِ
(Hadits riwayat Ibnu Majah)
Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat ialah kepala sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah, dan ia lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri...”
Sembahyang fardhu Jumaat diwajibkan (fardhu ‘ain) ke atas setiap lelaki Islam yang merdeka, baligh, berakal, bermuqim dan tidak ada keuzuran. Kewajipan mengerjakannya ada disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam al-Qur’an, sebagaimana firmanNya:
Tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
Meninggalkannya Melanggar Perintah Allah
Mereka yang ada keuzuran yang diberi kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan sembahyang berjemaah adalah tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat seperti sakit yang boleh menambahkan lagi sakit atau melambatkan sembuh, sakit cirit birit kerana takut akan mencemarkan kebersihan masjid atau sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk.
Namun bagaimana pula dengan orang yang senghaja meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa sebarang keuzuran? Perlu diingat, sesiapa yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa ada uzur syar‘i adalah perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah, apatah lagi jika meninggalkannya tiga kali berturut-turut, hatinya akan dicap oleh Allah sebagai hati orang munafiq.
Abu al-Ja‘di adh-Dhamriy Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa keuzuran maka dia adalah munafiq.”(Hadits riwayat Ibnu Hibban)
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:
Maksudnya:
“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut maka dia telah membuang Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”(Hadits riwayat Abu Ya‘la)
Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahhu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada satu kaum yang tidak bersembahyang fardhu Jumaat, Baginda bersabda:
Maksudnya:
“Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya seorang lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam untuk membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.”
Oleh itu, orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat janganlah sekali-kali meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat melainkan ada keuzuran syar‘i. Ini kerana perbuatan itu adalah melanggar perintah Allah dan orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut dicap sebagai orang munafiq.
Sumber : mufti.gov
Wednesday, April 25, 2012
Catatan Diskusi al-Amin
Tuesday, April 10, 2012
Thursday, March 15, 2012
Diskusi Isu Semasa @ Save Syria
FORLOT - Sistem Demokrasi Pilihanraya dan Generasi Muda
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia), Azan Safar wakil GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia), Fahmi Reza dari Occupy Dataran, dan Firdaus Zolkofli dari Mesin Cetak Diskopi. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Muhammad Fakhrul Amiruddin bin Hamdan. Forum antara panel dimulakan dan moderator pada malam tersebut ialah Ahmad Fawwaz Afifi bin Jamaludin. Perbincangan para panel begitu rancak dan berakhir pada jam 11.30 malam dan FORLOT berlansung selama 3 jam. Jualan buku-buku ilmiah turut berlansung di dalam dewan sewaktu FORLOT berlansung. FORLOT diakhiri dengan Tasbih Kafarah dan Suratul ‘Ashr dan sesi berfotografi. Sebelum para panel pulang, mereka dijamu di kafe PKP (Pusat Komuniti Pelajar) Unisel.
Tuesday, March 13, 2012
Diskusi Isu Semasa : Save Syria
Sunday, March 11, 2012
Mahsiswa dan Mahasiswi Unisel di Medan Sasar
| Sesi taklimat oleh Puan Faizah @ Mama |
| Bersiap sedia memanah camera man |
| Para pemanah fokus ke arah sasaran. |
| Sesi fotografi bersama finalist "Mini Archery Tournament" |
| Bersama peserta mahasiswi |
| Sesi fotografi sebelum berangkat pulang ke Unisel |
'Kembara Minda' 4S bersama Fasilitator Unisel.
Monday, March 5, 2012
Hari Terakhir berkampung bersama Orang Asli di Unisel Bestari Jaya
BESTARI JAYA, 4 Mac 2012 - Detik-detik terakhir bersama para peserta orang asli dari Perak diisi dengan cukup padat. Hari dimulakan dengan solat Subuh berjemaah di Masjid Umar bin Abdul Aziz seawal 5.30 pagi. Agenda diteruskan dengan sesi beriadah diperkarangan masjid dan para peserta disajikan dengan sarapan pagi di kafeteria Pusat Komuniti Pelajar (PKP). Agenda utama dimulakan pada 11 pagi, iaitu Majlis Perasmian Penutupan Program Membentuk Jati Diri, yang dirasmikan oleh Encik Izwan Suhadak, Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel. Majis dimulakan dengan Ummul Kitab Al-Fatihah bagi memohon berkat dari Yang Maha Kuasa. Selama berlansungnya majlis, para hadirin turut disajikan dengan persembahan tarian sewang dari para peserta program. Selain itu, seorang wakil peserta, Aken bin Aju turut memberi ucapan berkenan program yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Selesai majlis penutupan, penyampaian cenderahati kepada wakil dari JAIP (Jabatan Agama Islam Perak), JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan kedua-dua buah sekolah berlangsung, serta sijil penyertaan diserahkan kepada wakil peserta. Para peserta pulang ke Perak sesudah solat Zuhur berjemaah dan makan tengah hari di masjid. Sebelum para peserta berangkat menuju ke bas mereka, para peserta bersalaman bersama para fasilitator. Air mata tanda sayang meninggalkan Unisel dan para fasilitator mengiringi para peserta. Semoga para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah mereka pelajari sepanjang berkampung di Unisel Kampus Bestari Jaya. Menimba ilmu bukan hanya untuk diri, tapi untuk ubah keluarga dan kaum.
Orang Asli Berkampung di Unisel - Hari ke-2
Saturday, March 3, 2012
Orang Asli berkampung di Unisel Bestari Jaya
BESTARI JAYA, 2 Mac 2012 - Seramai 40 pelajar orang asli dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Rambutan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta bersama 5 orang guru pengiringtelahtiba di Unisel tepat pada jam 8 malam pada 2 Mac 2012. Pendaftaran para peserta dijalankan di Masjid Umar bin Abdul Aziz. Para pelajar bakal mengikuti satu program kerjasama di antara pihak Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel, Jabatan Agama Islam Perak, Kelab Mubaligh Orang Asli Perak sedang berlangsung bermula 2 hingga 4 Mac 2012. Program tersebut ialah Membentuk Jatidiri”. Setibanya para pelajar, mereka dijamu dengan santapan makan malam, seterusnya solat Isyak berjemaah dan diberi taklimat berkenaan perjalanan program. Para peserta dibahagikan kepada enam buah kumpulan di baw
ah seliaan dua orang fasilitator. Kemudian, sesi taaruf bermodul dijalankan oleh fasilitator bersama para peserta dan sesi ini berakhir pada jam 10 malam. Selepas itu, para peserta di beri kunci hostel dan para fasilitator menginap bersama para peserta. Majlis bersurai pada jam 11 malam untuk menberi peluang kepada para peserta khidmat diri selepas empat jam perjalanan dari Perak menuju Unisel Bestari Jaya, Selangor.Wednesday, February 15, 2012
Meminang mengikut amalan Islam
- Melihat calon/ wanita. Melihat yang dimaksudkan disini adalah meliht diri wanita yang ingin dinikahi dengan tetap berpanutan pada aturan syar’i ”Dari Anas bin Malik, ia berkata,”Mughirah bin Syu’bah berkeinginan untuk menikahi seorang perempuan. Lalu rasulullah Saw. Bersabda,”Pergilah untuk melihat perempuan itu karena dengan melihat itu akan memberikan jalan untuk dapat lebih membina kerukunan antara kamu berdua”. Lalu ia melihatnya, kemudian menikahi perempuan itu dan ia menceritakan kerukunannya dengan perempuan itu.(HR. Ibnu Majah: dishohihkan oleh Ibnu Hibban, dan beberap hadits sejenis juga ada misalnya diriwayatkan Oleh Tirmidzi dan Imam Nasai))
- Tidak melamar wanita yang telah dilamar Lelaki lain (meskipun belum memberi jawaban). Meminang/melamar ini berarti melamar secara resmi. Dari Abu Hurairah, Ia berkata,”Rasulullah SAW bersabda,”Seorang lelaki tidak boleh meminang perempuan yang telah dipinang saudaranya”(HR. Ibnu Majah)
- Merahasiakan pelamarannya (tidak mengumumkan ke orang banyak) Dari Ummu Salamah ra berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,”Kumandangkanlah pernikahan dan rahasiakanlah peminangan”.
- Wanita yang dilamar terbebas dari segala mawani` (pencegah) dari sebuah pernikahan. Misalnya wanita itu sedang menjadi istri seseorang. Atau wanita itu sudah dicerai atau ditinggal mati suaminya, namun masih dalam masa `iddah. Selain itu wanita yang dilamar tidak termasuk dalam daftar orang-orang yang masih menjadi mahram bagi seorang laki-laki. Maka di dalam Islam tidak dikenal ada seorang laki-laki meminang adiknya sendiri, atau ibunya sendiri atau bibinya sendiri.
- Wanita melamar laki-laki Secara syar’i tidak masalah. ”Dari Tsabit, ia berkata,”Kami duduk bersama dengan Anas bin Malik yang disebelahnya ada seorang anak perempuannya. Lalu Anas berkata,” datanglah seorang perempuan kepada Nabi SAW, lalu ia menawarkan dirinya kepada beliau, kemudian perempuan itu berkata,”Wahai Rasulullah maukah tuan mengambil diriku? Kemudian anak perempuan Anas menyeletuk,”Betapa tidak malunya perempuan itu!” Lalu Anas menjawab,”Perempuan itu lebih baik daripada kamu”. Ia menginginkan rasulullah, karena itu ia menawarkan dirinya kepada beliau”. (HR. Ibnu Majah). Hal ini menunjukkan betapa hukum Islam sangat menjunjung tinggi hak wanita. Mereka tidak hanya berhak dilamar tetapi juga memiliki hak untuk melamar lelaki yang disukainya.
Sunday, February 12, 2012
Latihan Memanah
Gptd Unisel akan menganjurkan Latihan Memanah pada 25 Februari 2012 (Sabtu). Terhad kepada 20-25 peserta sahaja. Bayaran RM15 hanya melibatkan kos penggunaan kelengkapan memanah moden serta tunjuk ajar oleh Jurulatih Profesional. Pengangkutan dan jamuan tidak disediakan. Terbuka kepada semua. Info lanjut boleh sms ELDA 010.269.3310 atau ACAP 017.711.5392. tq:)
Thursday, December 1, 2011
INSPIRASI HIJRAH : Meneladani keberanian anak muda
Ayuh kita imbas babak penting anak muda Saidina Ali bin Abi Talib ra yang telah diminta oleh Nabi Muhammad Rasulullah saw. Baginda memberitahu: 'Aku akan berhijrah tetapi engkau perlu mengambil tempat aku di rumah.' Saidina Ali bin Abi Talib tanpa banyak soal menuruti dan mentaati hasrat Nabi Muhammad Rasulullah saw. Saidina Ali bin Abi Talib menyedari bahaya bakal dihadapinya namun demi Rasulullah saw dan kesinambungan risalah nubuwwah beliau merelakan. Pada malam itu, setiap kabilah menugaskan para pemuda mengepung rumah Rasulullah saw.
Mereka mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah saw. Mereka begitu yakin Rasulullah saw tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Saidina Ali bin Abi Talib ra dan bukannya Rasulullah saw bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah saw keluar dari rumah itu. Jika Saidina Ali bin Abi Talib ra menerima Islam pada usia 15 tahun pada usianya pada malam Rasulullah saw berhijrah adalah 28 tahun berdasarkan tahun hijrah Rasulullah saw pada tahun ke 13 selepas kerasulan.
Seorang lagi anak muda untuk tatapan para mujahidah. Asma' Abu Bakar yang telah membantu ayahnya dan baginda Rasulullah saw dengan menghantar bekalan makanan selama tiga hari ke Gua Thur. Ketika itu, Asma' Abu Bakar berusia 27 tahun dikatakan sedang mengandung 7 bulan berulang alik setiap petang dari Kota Mekah ke Gua Thur tempat persembunyian Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar. Jika mengikut kiraan dan ukuran, Asma' Abu Bakar perlu berjalan sejauh 5 kilometer (ulang alik 10 kilometer) dan mendaki Jabal Thur setinggi 458 meter. Jika ketinggian sebegini pada ketika ini perlukan masa 1 jam 30 minit. Dalam catatan, keadaan Jabal Thur yang batu-batuan menyebabkan tapak kaki Rasulullah saw melecet ketika mendakinya.
Oleh itu Saidina Abu Bakar telah mendukung Rasulullah saw hingga ke puncak bukit. Bagaimanakah keadaannya ibu mengandung yang mendaki Jabal Thur? Sungguh besar pengorbanan Asma Abu Bakar. Malah ketika Kaum Quraisy tahu Rasulullah saw sudah terlepas keluar dari Mekah, Abu Jahal, datang ke rumah Abu Bakar dan bertanya kepada Asma Abu Bakar, "Mana ayahmu, hai puteri Abu Bakar?" Jawab Asma Abu Bakar, 'Demi Allah! Aku tidak tahu ke mana ayahku pergi.' Abu Jahal yang jahat dan kurang ajar itu mengangkat tangan dan menampar pipi Asma Abu Bakar hingga melayang anting-anting di telinganya.
Dikatakan bahawa Saidina Abu Bakar tidak meninggalkan sedikit pun bekalan harta tetapi beliau tetap cekal. Dirakamkan dalam catatan sejarah, Asma Abu Bakar berhijrah beberapa ketika selepas peristiwa Hijrah Rasulullah saw. Beliau melahirkan anak di Madinah dan dinamakan Abdullah Bin Zubair, itulah anak pertama muhajirin yang lahir di sana. Jarak Mekah ke Madinah adalah beranggaran 444 kilometer dan mengambil masa 10-14 hari perjalanan.
Begitulah 2 watak anak muda yang berani yang patut diteladani oleh kita semua. Bandingkan diri kita dengan mereka sewaktu mudanya pengorbanan yang telah dilakukan demi keyakinan dan kebenaran. Hijrah hati dan pemikiran adalah total. Keberanian Saidina Ali Abi Talib menanti ajal dihujung tanduk. Keberanian Asma Abu Bakar memikul beban anak dalam kandungan. Ayuh kita mulakan langkah BERANI selepas 1433 tahun HIJRAH Rasulullah saw lakukan sesuatu daripada kejahilan kepada keilmuan, daripada gulip gulita kepada terang benderang.
ABU IRSYAD
7 Muharram 1433H
KUALA LUMPUR
Saturday, November 26, 2011
Salam Maal Hijrah 1433H

Sebagai panduan bagi kita semua antara cara untuk melakukan hijrah diri.
Pertama:
NIAT. Hijrah harus dimulakan dengan niat yang tulus ikhlas semata-mata mengharap keredhaan Allah. Sesungguhnya niat merupakan elemen penting dalam setiap perkara yang kita lakukan kerana niat kita mempengaruhi hasil daripada usaha yang kita lakukan.
“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a.beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dianiatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu.
Tips kedua:
TETAPKAN MATLAMAT. Matlamat hijrah kita yang utama pastilah untuk mendapat keredhaan Allah. Matlamat yang disasarkan harus realistic dan mudah dicapai. Jangan meletakkan matlamat yang sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat. Mulakan dengan perubahan yang kecil dan mudah tetapi harus konsisten. Matlamat amat penting kerana ia menjadi kayu ukur kepada usaha yang bakal kita laksanakan.
Tips ketiga:
HINDARI PERSEPSI DAN PERKATAAN YANG NEGATIF. Sentiasa berfikiran positif atas usaha yang kita lakukan. Ketahuilah bahawa setiap manusia diberikan peluang oleh Allah untuk berubah selagi mana ajalnya belum tiba dan belum berlakunya hari kiamat. Berlaku adillah pada diri anda. Elakkan perkataan yang negative keluar dari mulut anda. Perdengarkan pula kata-kata positif dan latihlah diri untuk menuturkan kata-kata tersebut agar diri anda seperti menjadi orang yang baru.Tukarlah kata- kata kegagalan kepada nota-nota kejayaan.Lafazkanlah kata-kata “aku ingin berhijrah”, “aku ingin berubah”, “aku pasti boleh berubah” , agar diharapkan ia menjadi suatu doa yang baik.
Tips keempat:
KUATKAN TEKAD DAN SEMANGAT. Untuk berhijrah pengorbanan amat diperlukan. Kerana hijrah itu terjadi atas landasan pengorbanan. Apabila orang melihat sebarang perubahan yang kita lakukan pasti ada yang memuji malah tidak kurang ada yang mengeji. Apa yang penting jangan goyah sebaliknya kuatkan semangat dan tekad anda untuk mencapai matlamat yang dilakar. Jangan mudah luntur semangat hanya kerana omongan kosong orang-orang yang irihati dengan perubahan positif anda.
Tips kelima:
BERDOALAH. Sesungguhnya Allah telah berfirman:
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina."
(Al-Mu’min 40: 60)
Iringilah setiap usahamu dalam hijrah yang kamu lakukan dengan doa yang tulus dan ikhlas. Yakinlah bahawa Allah pasti membantumu selagi mana kamu berusaha untuk mencapai redhaNYA dan selagimana kamu berada di jalanNYA. Percayalah bahawa kamu tidak akan pernah berseorangan dalam hijrah tersebut kerana DIA sentiasa ada disisimu.
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka merubah keadaan diri mereka sendiri..." (Surah Ar-Ra'dayat 11).
Disediakan oleh
UMMAHATUL HAMIMAH
Penulis merupakan pelajar Tahun Asas Fakulti Sains & Bioteknologi di Universiti Selangor. Di dalam Grup Penkaji Tamadun Dunia Unisel, penulis adalah Exco Unit Pembina serta Editor Risalah Madani. Penulis juga terlibat sebagai sukarelawan Jejak Pattani yang akan menjalankan khidmat sosio-budaya pada bulan Januari.
Wednesday, November 23, 2011
Ikhlas prasyarat mendapat redha Ilahi
Al- Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna berkata :
“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan.”
Dengan itu akh muslim dapat memahami slogan yang sering dilaungkan :
aha besar, bagi Allah segala pujian.”
Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia, meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “Melakukan amalan bukan kerana Allah.”
Ikhlas dengan makna ini adalah buah dari tauhid yang sempurna iaitu mengesakan Allah taala dalam ibadat. Kerana itulah riya’ (menunjuk-nunjuk) yang merupakan lawan kepada ikhlas adalah perbuatan syirik. Syidad bin Aus berkata : “kami mengira riya’ adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah saw.”
Rukun Bagi Amalan Yang Diterima
Setiap amal soleh mempunyai dua rukun. Allah swt tidak menerima sesuatu amalan melainkan jika memenuhi dua rukun tersebut iaitu :
pertama : ikhlas
kedua : bertepatan dengan sunnah dan syara’
Dengan rukun yang pertama tercapailah kesahihan batin dan dengan yang kedua tercapailah kesahihan lahir. Berkenaan dengan rukun yang pertama Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”
“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak ada kena mengena dengan agama kami, maka ia adalah tertolak.”
Allah Taala telah menghimpunkan dua rukun tersebut pada banyak tempat dalam al-Quran. Di antaranya firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 22 yang bermaksud :
“Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah dalam dua keadaan dia berbuat baik, sesungguhnya dia telah berpegang pada ikatan yang teguh.”
Menyerah diri kepada Allah adalah mengikhlaskan niat dan beramal kerana-Nya. Membuat baik pula adalah mengikut sunnah Rasulullah saw. Fudhail bin ‘Iyadh berkata tentang firman Allah taala (al-Mulk : 2) yang bermaksud :
“Supaya dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang baik amalannya.”
“Amalan yang paling baik ialah yang paling ikhlas dan yang paling benar.”Orang bertanya kepada beliau: “Wahai Abu Ali, apakah yang dimaksudkan dengan yang paling ikhlas dan benar itu?” Beliau menjawab : “Sesungguhnya sesuatu amalan itu, jika ia ditunaikan secara ikhlas sahaja tetapi tidak menepati kebenaran, maka ia tidak akan diterima. Begitu juga jika ia menepati kebenaran tetapi jika tiada ikhlas, maka ia juga tidak diterima. Amalan yang diterima ialah yang ikhlas dan menepati kebenaran. Ikhlas adalah semata-mata kerana Allah dan kebenaran adalah mengikut sunnah.”
Kemudian Fudhail membaca firman Allah Taala dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud :
“Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan tuhannya, maka ia hendaklah melakukan amalan yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.”
Dari perkara di atas dapatlah kita ketahui bahawa niat yang ikhlas semata-mata tidak memadai supaya amalan diterima selagimana tidak bertepatan dengan sunnah dan syara’. Begitu juga amalan yang menepati syara’ tetapi tidak disertai dengan niat yang ikhlas kepada Allah tidak akan diterima.
Tanda-tanda Ikhlas
Ikhlas mempunyai banyak tanda dan alamatnya yang banyak. Ia terserlah di dalam kehidupan orang yang ikhlas akhlaknya dan pandangannya kepada diri sendiri dan manusia. Di antara tanda dan alamat tersebut ialah :
1. Beliau takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan. Beliau meyakini bahawa Allah menerima sesuatu berdasarkan batin bukannya zahir, jika seseorang manusia itu memiliki kemasyhuran di seluruh pelusuk dunia sekalipun, sedangkan niatnya bercampur-baur, maka ia tidak memberi apa-apa makna.
Inilah yang menjadikan ramai di kalangan ulama’ salafussoleh takut kalau hati-hati mereka ditimpa fitnah kemasyhuran, kemegahan dan sanjungan. Mereka memberi amaran kepada murid-murid mereka tentang perkara tersebut. Ibrahim bin Adham berkata :“Orang yang kasihkan kemasyhuran tidak berlaku adil terhadap Allah.”
Salim bin Hanzalah berkata :
“Ketika kami berjalan mengiringi Ubai bin Kaab, Umar melihat kepada beliau lantas memukulnya dengan cemeti. Ubai berkata : ‘ Lihatlah wahai Amirul Mukminin, apakah yang telah kamu lakukan?’ Umar menjawab : ‘ Ini adalah kehinaan kepada pengikut dan fitnah kepada orang yang diikut.”
Inilah pandangan tajam Saidina Umar yang berharga terhadap apa yang berlaku. Walaupun pada mulanya pada zahir yang remeh, tetapi ia akan memberi kesan yang besar terhadap para pengikut dan ketua yang diikuti.
Al Hassan berkata :
“Pada suatu hari Ibnu Mas’ud keluar dari rumahnya dan beliau diikuti oleh segolongan manusia. Beliau berpaling kepada mereka lantas berkata : ‘Mengapa kamu semua mengikut aku? Demi Allah jika sekiranya kamu mengetahui apa yang berlaku di dalam rumahku, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu yang mengikutiku.”
Al-Hassan berkata :
“Sesungguhnya bunyi sepatu orang-orang yang mengelilingi seorang lelaki boleh menggoncangkan hati orang-orang yang bodoh.” Pada suatu hari Al Hassan keluar lalu beliau diikuti oleh segolongan manusia. Beliau berkata : “Adakah kamu mempunyai hajat? Jika tidak, apakah yang akan menimpa kepada hati mukmin?”
Ayyub As Sakhaitani keluar bermusafir, lalu beliau dikelilingi oleh manusia yang ramai. Beliau berkata :
“Kalau tidak kerana aku mengetahui bahawa Allah swt mengetahui dalam hatiku bahawa aku benci kepada perkara ini, nescaya aku takut kemurkaan Allah swt.”
Ibnu Mas’ud berkata :
“Jadilah kamu sumber ilmu, lampu petunjuk, penunggu setia rumah, pelita di malam hari, hati-hati yang sentiasa baru, berpakaian buruk, kamu dikenal di kalangan ahli langit dan tidak dikenali oleh ahli bumi.”
Al Fudhail bin ‘Iyadh berkata :
“Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia tetapi dipuji di sisi Allah swt?”
Janganlah difahami dari athar-athar di atas bahawa ia menyeru kepada bersembunyi dan mengasingkan diri. Sesungguhnya athar-athar tersebut dari pemimpin-pemimpin para du’at yang soleh dan mempunyai peninggalan yang baik dalam arena da’wah kepada masyarakat.
Tetapi hendaklah difahami secara keseluruhannya bahawa ia adalah kesedaran terhadap bahaya syahwat diri yang tersembunyi dan berwaspada terhadap lubang dan jendela yang mana syaitan dapat menyusup masuk melalui ke dalam hati manusia.
Kemasyhuran pada zatnya bukanlah suatu yang tercela. Tidak ada di sana orang yang lebih masyhur dari para Nabi dan Khulaf Ar Rasyidin. Tetapi jika kemasyhuran itu wujud tanpa berusaha bersungguh-sungguh dan tamak untuk mendapatkannya, maka tidaklah menjadi kesalahan walupun ada keburukannya. Itulah yang disebut oleh Imam Al Ghazali :
“Ia menjadi fitnah kepada orang-orang yang lemah, tidak kepada orang-orang yang kuat.”
2. Orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah swt, lalai dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati dan dimasuki oleh sifat megah dan taajub dengan diri sendiri. Bahkan beliau merasa takut kalau-kalau dosanya tidak diampunkan oleh Allah atu kebaikannya tidak diterima. Setengah para solehin menangis bersungguh-sungguh di dalam sakitnya. Lalu sebahagian daripada orang yang menziarahinya berkata : Mengapa kamu menangis? Sedangkan kamu telah berpuasa, bersembahyang malam, berjihad, bersedekah, menunaikan haji dan umrah, mengajar dan berzikir? Beliau menjawab : Manalah aku tahu sama ada perkara itu termasuk di dalam timbangan amalanku dan diterima di sisi Tuhanku? Sedangkan Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 27 :
“Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa.”
At Tirmizi meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa :
“Aisyah, isteri Nabi saw berkata : ‘ aku bertanya Rasulullah saw tentang ayat ini (al Mukminin : 60) yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut.”
Aisyah berkata : ‘Adakah mereka itu orang yang meminum arak dan mencuri? Rasulullah menjawab : ‘Tidak, wahai anak as Siddiq, tetapi mereka ialah orang-orang yang berpuasa, bersembahyang dan bersedekah dalam keadaan mereka takut kalau-kalau amalan mereka tidak diterima. Merekalah orang-orang yang berlumba-lumba menuju kepada kebaikan.”
3. Beliau lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhuran. Di dalam jamaah beliau lebih suka menjadi seperti tunjang pokok. Walaupun tunjang tersembunyi di dalam perut bumi dan tidak dapat dilihat mata, namun ia adalah asas untuk pokok itu tegak dan hidup.
Dari Umar Ibnu al Khattab ra bahawa beliau pergi ke masjid Rasulullah pada suatu hari. Beliau mendapati Mu’az bin Jabal duduk di sisi kubur Rasulullah saw dalam keadaan menangis. Umar bertanya : “Apakah yang membuatkan kamu menangis?” Mu’az menjawab : “Aku menangis kerana telah mendengar Rasulullah saw bersabda : ‘Sesungguhnya riya’ yang sedikit adalah syirik. Sesiapa yang memusuhi wali Allah, sesungguhnya dia telah berperang dengan Allah. Allah mengasihi orang-orang yang baik dan bertaqwa yang tidak dikenali. Apabila mereka hilang, orang tidak mencarinya dan apabila mereka ada, mereka, mereka tidak dipanggil dan dikenali. Hati-hati adalah lampu petunjuk, mereka keluar dari setiap tanah berdebu yang gelap.”
4. Sama sahaja di sisi beliau sebagai pemimpin atau tentera, selagi mana kedua-duanya adalah berkhidmat dengan da’wahnya. Hatinya tidak dapat dikuasai oleh perasaan cinta untuk muncul ke depan, berada di barisan hadapan, mahu menjadi pemimpin dan menjawat bahagian kepemimpinan. Bahkan mungkin beliau lebih mengutamakan untuk menjadi tentera biasa kerana takut berlaku cuai dalam melaksanakan kewajipan dan tugas kepimpinan. Dalam setiap perkara, beliau tidak berusaha untuk menjadi ketua dan tidak memintanya. Tetapi jika beliau dibebankan dengan tugas tersebut, beliau memikulnya dan memohon pertolongan dari Allah swt dalam melaksanakannya. Rasulullah saw menyifatkan golongan ini seraya bersabda yang bermaksud :
“Beruntunglah seorang hamba yang memegang tali kekang kudanya di jalan Allah dalam keadaan rambutnya kusut dan kakinya berdebu. Sekiranya beliau brtugas sebagai pengawal, beliau menjadi pengawal. Dan jika sekiranya beliau berada di belakang, beliau berada di belakang.”
Semoga Allah meredhai Khalid bin al Walid yang dilucutkan dari jawatan panglima tentera sedangkan ketika itu beliau adalah panglima tentera yang sentiasa menang dalam peperangan. Beliau lantas bekerja di bawah pimpinan Abu Ubaidah tanpa merasa gelisah ataupun menyesal.
5. Tidak menghiraukan keredhaan manusia jika disebaliknya adalah kemurkaan Allah swt. Sesungguhnya manusia berbeza-beza dari sudut tabiat, kecenderungan, cara berfikir dan matlamat mereka. Jadi percubaan untuk mendapat keredhaan mereka adalah satu matlamat yang tidak akan tercapai. Orang yang ikhlas tidak menyusahkan dirinya dengan perkara ini. Slogannya bersama Allah swt ialah :
Semoga kamu merasai kemanisan,
sedangkan kehidupan itu penuh kepahitan,
Semoga kamu menjadi redha,
sedangkan manusia marah,
Semoga ada orang memakmurkan,
di antara aku dan kamu,
sedangkan di antara aku dan dunia ada kehancuran,
Jika benarlah kamu mempunyai perasaan kasih,
maka semuanya menjadi mudah,
dan setiap sesuatu yang berada di atas tanah
adalah tanah…
6. Hendaklah cinta dan benci, memberi dan menahan, redha dan marah, semuanya kerana Allah swt dan agamanya, bukan kerana diri dan manfaatnya. Beliau tidak menjadi orang seperti orag-orang yang mengejar manfaat yng terdiri dari golongan munafiq yang dicela Allah di dalam kitabNya ( surah at Taubah : 58 ) yang bermaksud :
“Dan di antara mereka ada yang mencelamu tentng pembahagian zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadaya dengan serta merta mereka menjadi marah.”
Kadang-kadang saudara dapat melihat segelintir manusia yang bekerja di dalam medan da’wah, apabila ditegur oleh salah seorang saudaranya dengan perkataan yang menyakitkan hatinya, atau perasaannya dilukakan dengan perbuatan yang menyinggung jiwanya serta orang yang rapat dengannya atau kaum kerabatnya, beliau cepat marah dan melenting lalu meninggalkan amal dan harakah serta mengasingkan diri dari medan jihad.
Ikhlas kepada matlamat menuntutnya agar terus berada dalam da’wahnya, tetap kekal arah tujuannya walaupun dituduh salah, cuai dan melampau oleh orang lain. Ini adalah kerana beliau beramal kerana Allah swt, bukan kerana dirinya, keluarga atau orang tertentu di kalangan manusia.
Da’wah Allah bukan dimonopoli atau menjadi milik seseorang. Ia adalah da’wah kepada semua manusia. Mukmin tidak boleh meninggalkan da’wah kerana pendirian dan perbuatan-perbuatan tadi.
7. Beliau tidak bersifat malas, lembap atau ketinggalan kerana perjalanan yang jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat mendapat kejayaan dan penat bekerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. Beliau tidak bekerja untuk berjaya atau mencapai kemenangan semata-mata, bahkan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah swt dan mematuhi perintahNya.
Sesungguhnya Allah tidak bertanya manusia pada hari kiamat : “Mengapa kamu tidak mencapai kemenangan?” tetapi Dia akan bertanya : “ Mengapa kamu tidak berjuang?” Dia tidak akan bertanya mengapa mereka tidak berjaya, tetapi bertanya kenapa mereka tidak bekerja.
8. Gembira dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam barisan orang-orang yang bekerja untuk membawa panji-panji, memberi saham kepada amal dan memberi peluang kepada setiap yang berkebolehan menggantikan tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya, atau menghina dan marah kepadanya. Bahkan kita melihat bahawa orang yang ikhlas itu, apabila melihat ada orang yang lebih baik darinya dalam memikul tugas, beliau mengundur diri dalam keadaan redha. Beliau akan mengutamakan orang itu dari dirinya dalam keadaan taat dan bahagia kerana beliau mengundur setapak ke belakang.
Keperluan Ikhlas Dalam Memikul Da’wah
Sesungguhnya bekerja untuk kedaulatan Islam dan mengembalikannya untuk memimpin kehidupan dengan aqidahnya, syariat, akhlak dan tamadunnya merupakan ibadat dan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah swt. Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah swt dalam ibadat adalah satu perkara asasi untuk amalan diterima dan berjaya. Niat yang bercampur-baur merosakkan amalan, mencemarkan jiwa, melemahkan saf dan menghilangkan pahala.
Kerana rahsia inilah Imam al Bukhari memulakan kitabnya ‘ Al Jami’ As Sahih’ dengan hadith yang dianggap oleh sesetengah ulama’ sebagai satu perempat Islam atau satu pertiga darinya yang bermaksud :
“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat, dan sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya itu kerana Allah dan rasulnya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulnnya. Sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan didapatinya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya adalah bergantung kepada tujuan dia berhijrah.”
Diriwayatkan bahawa sebab datangnya hadith ini adalah kerana seorang lelaki yang berhijrah ke Madinah kerana seorang perempuan yang dicintainya yang bernama Ummu Qais. Maka beliau digelar sebagai ‘ penghijrah Ummu Qais’.
Akh Muslim mestilah memeriksa sudut-sudut hatinya terhadap +hakikat niatnya dan faktor pendorongnya. Jika ia mempunyai ruang untuk dunia dan syaitan, beliau berusaha untuk membersihkan hatinya dari perkara tadi dan mentuluskan niatnya kepada Allah swt. Beliau hendaklah memberi peringatan kepada dirinya dalam keadaan membebaskan diri dari menjadi abdi kepada yang lain sebagaimana ucapan isteri Imran (surah Ali Imran : 35) yang bermaksud :
“Wahai tuhanku, sesungguhnya aku telah nazarkan anak yang ada dalam kandunganku untuk memperhambakan diri kepadaMu. Kerana itu terimalah nazar itu daripadaku. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengetahui.”
Kalimah ‘muharraran’ (memperhambakan) yang disebut oleh ibu Maryam ini menunjukkan bahawa sudah menjadi sunnah Allah, Allah tidak menerima mana-mana amalan melainkan ianya ikhlas semata-mata keranaNya, tidak bercampur dengan yang lain dan bebas dari setiap ubudiyh kepada yang lain.
Sesungguhnya kebenaran tidak akan memimpin, kebaikan tidak akan tersebar, keadilan tidak akan tertegak, panji-panji kemuliaan akan jatuh dengan wujudnya orang-orang yang menggadaikan prinsip semata-mata mencari keuntungan duniawi dan orang-orang yang bersifay riya’ yang hanya mahu diri mereka dilihat orang, kata-kata mereka didengar, mereka menjadi buah mulut masyarakat dan boleh mengarahkan orang lain dengan jari telunjuk. Kebenaran, kebaikan dan kemuliaan hanya akan tegak dengan orang-orang yang ikhlas, yang berpegang teguh dengan prinsip, yang boleh mempengaruhi orang lain, bukan dipengaruhi. Mereka adalah orang-orang yang berkorban bukannya mengambil manfaat, memberi bukannya mengambil.
Penyakit-penyakit hati yang bercampu-baur dengan ikhlas dan merosakkan niat lebih bahaya dari penyakit tubuh badan. Ia boleh menggugurkan pahala dan menjauhkan orang dari jalan da’wah yang betul. Ia memang wujud dalam diri kita, tetapi kita boleh membendungnya dengan iman dan taqwa. Perkara ini memerlukan kesedaran dari kita, sentiasa muhasabah niat dan membersihkannya dari bercampur dengan penyakit-penyakit hati.
Disediakan oleh
PUTRI NOR HIDAYU BINTI SHAIKH HUSSIN
noceresayashi@yahoo.com
Penulis adalah mahasiswa Fakulti Sains & Bioteknologi, Unisel dan sukarelawan Jejak Pattani yang akan menjalankan Khidmat Pendidikan & Kajian Sosio-Budaya pada bulan April 2012.




