Disediakan oleh Shakilah Sanaani Abdullah
BESTARI JAYA, 3 Mac 2012 - Berlansung hari ke-2 Orang Asli berkampung di Unisel, Bestari Jaya. Hari dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Masjid Unisel. Agenda diteruskan dengan aktiviti riadah di IPIS yang diketuai oleh para fasilitator. Seterusnya para pelajar dijamu dengan sarapan dan slot "Celik IT" dimulakan seawal 9 pagi di makmal 208 dan makmal 209 di Fakulti Komputer Sains dan Teknologi Maklumat (FSKTM). Para peserta dikendalikan oleh para pelajar FSKTM dan slot berlangsung selama 2 jam. Program diteruskan dengan slot motivasi "Aku Pun Boleh Berjaya" oleh wakil daril Majlis Perwakilan Pelajar, Cik Hdariyani bt Kampun. Sesudah solat Zuhur berjemaah dan makan tengah hari, slot "Mari Berbahasa Inggeris" yang dikendalikan oleh para pelajar Ijazah Sarjana Muda TESL (Teaching English as Second Language) dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial. Selesai solat Asar berjemaah, para peserta dibenarkan pulang bagi khidmat diri dan bersedia untuk solat Maghrib dan makan malam, dan meneruskan agenda program. Sesi slot motivasi 2 "Transformasi Diri" disampaikan oleh Encik Izwan Suhadak bin Ishak, Penasihat Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) Unisel. Majlis bersurai bagi menberi laluan kepada para peserta untuk beristirehat.
No comments:
Post a Comment