Bismillahirrahmanirrahim..
Ikhlas merupakan salah satu daripada pelbagai amalan hati. Malahan ikhlas berada di barisan permulaan dari amal-amal hati. sebab diterimanya pelbagai amal tidak akan menjadi sempurna kecuali dengan ikhlas.
Maksud ikhlas di sini adalah menghendaki keredhaan Allah SWT dengan suatu amal, membersihkannya dr segala noda individual mahupun duniawi. tidak ada maksud yang lain untuk melakukan suatu amal kecuali kerana Allah SWT dan demi hari akhirat.
tidak ada noda yang mencampuri suatu amal, seperti kecenderungan kepada dunia, untuk kepentingan diri sendiri sama ada secara jelas mahupun tersembunyi, kerana menghendaki harta rampasan, syahwat, kedudukan, harta benda, supaya dihormati atau disanjungi oleh org ramai, tidak ingin dicela, mengambil kesempatan di hadapan org-org tertentu, menyimpan rasa dengki yang tersembunyi, melayani rasa dengki yang tidak kelihatan, kesombongan yang terselubung atau kerana alasan-alasan lain yang tidak terpuji, yang intinya menghendaki selain Allah SWT dengan suatu amal, siapa pun dan apa pun.
Landasan amal yang ikhlas adalah memurnikan niat kerana Allah SWT semata. Maksud niat di sini adalah pendorong kehendak manusia untuk mewujudkan suatu tujuan yang dituntutnya.
Maksud pendorong adalah penggerak kehendak manusia yang mengarah kepada amal. Sdgkan tujuan pendorongnya amat banyak dan bermacam ragam. Ada yang bersifat material dan ada pula yang bersifat spiritual. Ada yang bersifat individual dan ada pula yang sosial. Ada yang ikhlas dengan duniawi dan ada pula yang ukhrawi. Ada yang sederhana dan ada pula yang besar dan berbahaya. Ada yang berkaitan dengan kenikmatan akal dan ada pula yang berkaitan dengan rohani. Ada yang dilarang, mubah, dianjurkan, dan ada pula yang wajib.
Namun faktor-faktor pendorong ini dapat dibatasi pada akidah manusia dan nilai yang diyakininya, pengetahuan dan pemikiran-pemikirannya, pengertian-pengertian yang dibentuk berdasarkan kajian, pengalaman, pengaruh lingkungan atau meniru org lain.
orang mu’min yang lurus adalah jika pendorong agama di dalam hatinya dapat mengalahkan pendorong hawa nafsu, kepentingan akhirat dapat mengalahkan kepentingan dunia, mementingkan apa yang ada di sisi Allah SWT daripada apa yang ada di sisi manusia, menjadikan niat, perkataan dan amalnya bagi Allah SWT, menjadikan solat, ibadah, hidup dan matinya bagi Allah SWT, Rabb semesta alam. Inilah yang disebut ikhlas.
(Konsep Niat dan Ikhlas Menurut Islam, Dr. Yusuf al-Qardhawi)
kredit: ukhwah.com
No comments:
Post a Comment