Sunday, April 29, 2012

Hati yang Keras Membatu - Mengapa?

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahir cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap benci, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagian jika kita mampu membersihnya namun hati juga boleh menjadi sumber bencana jika kita mengotorinya.
Abu Hurairah r.a. berkata " Hati adalah raja, sedangkan anggota adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik tenteranya. Jika raja itu buruk, maka buruk pula tenteranya.

Tanda Hati Keras Membatu.

  1. Malas melakukan ketaantan dan amal ibadah.
Malas melakukan ibadah dan mungkin memandang ringan dan tidak serius  dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah.

Firman Allah SWT
"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melaikan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah : 54)

     2.  Tidak berasa gerun dengan ayat Al-Quran

Ketika disampaikan kepadanya ayat-ayat Al-Quram mengenai janji dan ancaman Allah, hatinya sama sekali tidak terpengaruh, tidak mahu khusyuk atau tunduk dan lalai daripada membaca Al-Quran serta mendengarkannya. 

Allah memberi ingatan yang bermaksud:-
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah al-Qaf: 45)  

     3.   Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.

Himmah dan segala keinginan tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang tara kerana dunia. Penghujungnya, jadilah dia makhluk yang ego, individualistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

     4.    Tidak belajar dengan ayat Kauniah.

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran seperti kematian, sakit, bencana dan seumpanya.

"Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudia mereka (juga) tidak bertaubat dan tidak (pula) mengambil pengajaran?" (Surah At-Taubah: 126)

     5.    Kurang mengagungkan Allah.

Tidak mengamalkan yang ma'ruf, dan tidak mencegah yang mungkar, serta tidak mengambil peduli akan kemaksiatan. Sikap individualistik dan sikap tidak mengambil tahu akan keadaan sekelilingan menjadi amalan.

Adaptasi 'Risalah (Jan-Apr 2011)' 

No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails