Monday, October 5, 2009

Kelas Intensif Bahasa Minangkabau

Bestari Jaya, 4 Oktober 2009 - GPTD UNISEL melalui Unit Bahasa bersama Grup Hamka telah menganjurkan kelas Intensif Bahasa Minangkabau bagi persediaan aktivis Grup Hamka yang akan berbakti di Pesantren Buya Hamka, Padang Indonesia. Ketua Unit Bahasa, Sdr Kamarul berkata, "Kelas-kelas kecil seperti ini perlu digalakkan bagi mengangkat martabat bahasa di dalam rumpun melayu selain menyediakan ruang persediaan kepada Grup Hamka". "Kelas ini juga terbuka kepada semua yang berminat untuk belajar", tambah ketua Unit Bahasa. Program ini adalah kali pertama diadakan dan insya Allah akan dianjurkan bahasa Aceh, Turki, Mandarin & Tamil. Keutamaan kelas bahasa adalah berdasarkan lokasi projek yang dilaksanakan oleh setiap grup kajian. Yang menarik adalah guru yang mengajar bahasa Minangkabau adalah daripada kalangan pelajar UNISEL sendiri yang menuntut di Fakulti Industri Teknologi Maklumat . Beliau adalah anak jadi Bukit Tinggi, Sumatera Barat yang telah menetap dan membesar selama 16 tahun di sana.

- Unit Media





No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails