Sunday, October 18, 2009

TURDA - Turun Ke desa latihan aktivis muda

Tanjong Karang, 18 Oktober 2009 – TURDA : Turun Ke Desa telah diadakan dengan Kg Sri Tiram dengan hamparan sawah bendang menguja aktivis GPTD UNISEL untuk membuat kajian lapangan melalui pemetaan komuniti, ramah mesra bersama penduduk kampung, dan mengenal pasti masalah. Selain itu, aktivis diajar kaedah pemantauan berita melalui akhbar-akhbar utama dan kepelbagaian cara penyelesaian jika masalah timbul di kalangan masyarakat sekitar. Saudara Ridzwan daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah menurunkan ilmu dan berkongsi pengalaman kepada aktivis muda supaya terus menjadi jurubicara masyarakat.

"Sambutan daripada kalangan penduduk juga sangat menggalakkan sehingga mereka menaja sarapan bagi sepanjang berada di sini", kata Wan Ritini salah seorang aktivis. Program tersebut menekankan budaya kerjasama dan ukhwah dengan setiap aktivis bergilir-gilir menyediakan makan tengah hari dan malam berdasarkan jadual yang telah ditetapkan bersama. Pada sesi malam, para aktivis berdiskusi dan berkongsi pandangan berdasarkan dapatan yang diperolehi semasa ziarah ke setiap rumah.

Susulan daripada program ini, akan dirancang untuk tindakan tahun depan di mana Program Anak Angkat dari kalangan mahasiswa UNISEL. Mahasiswa akan ditempatkan di setiap rumah agar hubungan ukhwah rasa kekeluargaan dapat dirasai. Belia kampung pula akan akan didekati bersama-sama untuk menelerusi minda dan hati nurani mereka dengan mengisi ilmu dan menabur bakti di kampung tersebut.

- Unit Media



No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails