13 Januari, Gombak – Bertempat di pejabat Global Peace Mision telah dianjurkan suatu Latihan Media Massa bagi Sukarelawan Kemanusian. Latihan Media Massa ini disampaikan oleh pengamal media serta penerbit TV3, saudara Shahnun Hanif Suhaimi. Program ini telah berlangsung selama 2 hari yang bermula hari yang sebelumnya.
Latihan ini memasuki suatu dimensi baru yang mana menuntut para sukarelawan kemanusian terutamanya memahami mengenai bagaimana mendekati peranan melaporkan kepada pihak media dengan laporan yang tepat dan jitu.
Latihan ini merupakan suatu bentuk pendedahan awal dalam melatih para peserta yang kebanyakan peserta yang terlibat secara langsung dalam sukarelawan yang kebanyakan dari kelompok mahasiswa. Kebanyakan peserta rata-rata datang dari Persatuan Pelajar Kebangaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Grup Pengkaji Tamadun Dunia serta aktivitis yang terlibat dengan Global Peace Mision secara langsung mengikuti program ini. Ini jelas usaha Global Peace Mision ini mahu membuka jurus fikir dan pengetahuan mengenai media massa pada kebanyakan sukarelawan yang terlibat dengan pelbagai misi di lapangan.
Usaha murni ini telah diserikan dengan menjemput pengamal media yang berpengalaman luas dalam bidang ini dengan membawa Encik Shahnon Hanif yang mana merupakan seorang pengamal media TV3 yangg selalu terlibat dengan bidang kewartawanan serta juga penerbit untuk program Jejak Rasul dan Majalah 3.
Sepanjang program ini jelas telah membawa peserta memahami lebih dekat kepada pengenalan penggunaan kamera yang sebenarnya serta bagaimana memaafaatkan penggunaan pengcahayaan, keseimbangan gambar dan visual yang dirakam serta pelbagai teknik yang diterangkan dengan baik oleh beliau.
Pada hari kedua program, para peserta sekali telah diberikan suatu lagi pengisian yang berguna iaitu bagaimana mahu menulis artikel yang begitu baik untuk dilaporkan kepada media. Ini juga ditambah dengan nasihat oleh penceramah iaitu, untuk melatih diri dengan mendisplinkan diri dengan bermula menulis dan menghantar artikel ke akhbar, majalah dan terutama kepada ruangan surat pembaca tidak kira mengenai penulisan mengenai pendapat, idea atau luahan pendapat. Dengan penulisana begini mampu menjadi seorang penulis yang mampu melatih diri untuk lebih berpandangan kreatif dan kritis.
Program ini berakhir sekitar jam 4.00 petang dengan majlis penutup diserikan dengan ucapan penutup oleh CEO GPM iaitu Mejar Azlan Mohd Shariff, yang mempunyai harapan agak program ini dapat menjadikan sukarelawan yang terlibat di lapangan agar melakukan terlibat dengan media massa dalam memberitahu masyarakat betapa peri pentingnya penulisan setiap apa yang telah dilakukan untuk paparan masyarakat mengenai apa yang telah dilakukan dalam menarik lebih ramai orang telibat dengan bidang kesukarelawan terutamanya kemanusiaan.
Penulis merupakan Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Selangor (GPTD UNISEL) penuntut Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian), Tahun Akhir. Merupakan juga mantan Exco Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Selangor (MPP). Terlibat aktif dengan pelbagai program kesukarelawan dan misi bantuan.
No comments:
Post a Comment