06 Julai
2013, Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya - Seramai 45 orang mahasiswa daripada
Prince of Songkla University, Patani di Selatan Thailand telah mengadakan Lawatan
Sambil Belajar ke Universiti Selangor Bestari Jaya. Mereka tiba di Unisel pada
jam 8.00 pagi. Kehadiran mahasiswa daripada Prince of Songkla University
disambut mesra oleh wakil pimpinan Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel iaitu
Muhammad Fakhrul Amiruddin bin Hamdan, Tengku Farhanan Binti Tengku Mohamed
serta Siti Nur-Alia Binti Che Burhan. Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD)
sebagai pengelola Lawatan Sambil Belajar Mahasiswa Prince Of Songkla
University. Antara tujuan kita adalah untuk membina jaringan antara Kampus Universiti
Selangor dengan Prince Of Songkla University selain mengadakan kunjungan balas selepas
sukarelawan GPTD telah melaksanakan Projek Jejak Pattani untuk member khidmat Pendidikan
dan kajian Sosio Budaya. Lawatan ini turut dihadiri oleh Encik Zulfikri Bin
Mohd Kamil sebagai Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar, Encik Izwan Suhadak selaku
Penasihat GPTD Unisel, Barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Wakil Persatuan
dan Kelab serta barisan pimpinan GPTD Unisel.
Program
berlangsung dengan ucapan daripada Setiausaha Agung Grup Pengkaji Tamadun Dunia
(GPTD) oleh saudari Siti Nur-Alia Binti Che Burhan. Wakil daripada Majlis Perwakilan
Pelajar Universiti Selangor (MPP) turut member ucapan iaitu saudara Khairul
Anwar Bin Korai selaku Naib Timbalan Yang Dipertuan MPP. Majlis Perasmian berlangsung
pada jam 10.30 pagi dan telah dirasmikan oleh Encik Zulfikri Bin Mohd Kamil selaku
Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar. Dalam ucapan beliau, menegaskan bahawa walaupun
kita berlainan Negara tetapi kita adalah
saudara seagama dan seakidah serta kita semua adalah satu rumpun. Justeru itu,
segala pandangan serta idea baru perlulah
dikongsikan bersama dalam pembentukan generasi yang hebat. Seterusnya, majlis
diteruskan dengan sesi Dialog Mahasiswa diantara Mahasiswa Prince Of Songkla
University dengan Mahasiswa Universiti Selangor yang dikendalikan oleh saudara
moderator Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan. Antara tema utama Sesi Dialog
ini ialah ‘’Building Relationship Toward Successful Ummah’’.
Membina jaringan
dan hubungan luar Negara dalam melahirkan generasi yang Berjaya merupakan topic
perbincangan yang akan disentuh padasesi dialog ini. Melihat kembali sejarah tokoh-tokoh
dunia islam kotemporari seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Kota
Konstantinopel pada usia 21 tahun dan Sultan Salehuddin Al-Ayyubi yang menawan kembali
Jarussalam ke tangan orang islam. Inilah antara tokoh generasi muda yang harus dicontohi
serta menjadi teladan bagi generasi muda hari ini. Sebagaimana semangat,
kekuatan, keazaman dan kepimpinan yang ditonjolkan, tidak ada yang mustahil akan
berlaku juga perkara yang sama sebagaimana bangkitnya generasi muda dalam memperjuangkan
kebenaran dan menegakkan keadilan. Isu umat islam yang tertindas di
Negara-negara seperti di Syria, dan di Mesir semuanya digerakkan oleh gerakan generasi
muda yang mahukan perubahan. Justeru itu, lima resolusi yang disepakati bersama
diantara Mahasiswa Prince Of Songkla University dengan Mahasiswa Universiti
Selangor antaranya ialah :-
1) Bertukar perkongsian
penulisan berita ,artikel dan kajian dua buah Negara iaitu Malaysia, dan
Thailand. Semua Negara haruslah menulis antaranya melalui Facebook dan Website.
2) Mengadakan kerjasama
program dalam bentuk kepimpinan dan turun kelapangan merentasi sempadan Negara.
3) Membuat
Facebook Group agar membuka ruang untuk perbincangan dengan lebih tuntas juga penyebaran
maklumat secara cepat dan tepat.
4) Menerbitkan
markalah bercetak yang menghimpunkan hasil
penulisan dua Negara secara konsisten.
5) Mewujudkan satu
portal yang menghimpunkan koleksi gambar program yang di jalankan oleh mana-mana
pihak.
Seterusnya,
diharapkan jaringan yang terbina ini tidak akan sampai disini serta dapat berkembang
luaskan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Selatan Thailand.
Perkongsian maklumat, gerakan mahasiswa serta perkara-perkara yang boleh digerakkan
bersama harus di pupuk dan dijaga sebagai salah satu misi Rahmatan lil alamin.
Laporan
Disediakan Oleh :
Muhammad
Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan
Fakulti Science
& Biotechnology, Universiti Selangor.
No comments:
Post a Comment