Tuesday, May 1, 2012

DG GPTD 30 April 2012


Dimulakan dengan solat Magrib berjemaah
Diteruskan dengan men-tadabur-kan ayat-ayat Al-Quran di dalam Al-Mathurat



Surah Mukim 1-3
1.      (1) Haa miim.
 Wau’lahualam, hanya Allah yang Maha Mengetahui rahsiah di sebalik huruf haa dan miim.

2.     (2)  Diturunkan kita ini (Al-Quran) dari Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Mengetahui.
Allah menegaskan bahawa Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan dengan Malaikat Jibrail. Bukan seperti dinyatakan oleh orang kafir bahawa ayat-ayat Al-Quran ini adalah kata-kata Rasulullah SAW.

Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada- adakan oleh yang lain dari Allah tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-Kitab yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu) tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: "Dialah (Muhammad) yang mengadakan Al-Quran menurut rekaannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar! (Surah Yunus 37 & 38)”

3.       (3)Yang mengampuni dosa dan menerima taubat lagi keras hukumannya; yang mempunyai kurnia. Tiada Tuhan selain Dia, hanya kepadaNyalah kembali (semua makhluk).
Allah memberi ancaman dan hukuman yang keras kepada hamba-hambaNya yang ingkar dengan perintahNya di dalam Al-Quran. Kepada hamba-hamba Allah yang lembut hatinya dan terkesan selepas membaca atau mendengar ayat-ayat Al-Quran, lalu memohon pengampunan daripada Allah, sesungguhNya Allah akan mengampuni dan menerima taubat hambaNya yang bertaubat kerana Allah Maha pengampun dan Maha menerima taubat.


Perkongsian Syamail Muhammadiyah

Abu Sa’id al-Khudri berkata
Apabila Rasulullah duduk di dalam masjid, baginda merapatkan kedua belah peha ke perut dengan tangan baginda.
Direkodkan oleh Tirmizi dan Abu Dawud.

Abdullah ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata: 

“Saya melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam di halaman Ka’bah, beliau duduk dengan menegakkan kedua lututnya, (iaitu) dengan melingkar kedua tangannya ke sekeliling lututnya, dan ini cara duduk al-Qurfusaa”. 

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin – no: 822



No comments:

Post a Comment


Related Posts with Thumbnails