1. PENDAHULUAN
Penentuan  awal bulan Hijriah yang digunakan oleh umat Islam khasnya dalam  menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan  kepada pergerakan bulan dan bumi mengelilingi matahari.
Ia  menjadi asas perhitungan awal bulan dan tahun yang mempunyai hubungkait  yang rapat dengan ibadah puasa, hari raya dan hari raya korban.
Berdasarkan  pedoman yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis dan juga pendapat  ulama daripada kitab-kitab muktabar, lahir tiga amalan yang berbeza  dalam menentukan awal bulan ramadhan, Syawal, dan Zulhijjah dengan  kaedah berikut:-
a) Rukyah ( melihat anak bulan ) semata-mata.
b) Hisab Falak semata-mata.
c)  Rukyah dan Hisab dengan menggunakan criteria imkanur-rukyah iaitu  menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan ( Hilal ).
Wujudnya  perbezaan amalan dan cara di atas, adalah daripada perbezaan dalam  memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang  berkaitan.Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan cara penentuan  awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan  kepada kriteria imkanur rukyah.
Tujuan  penulisan ini adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat mengenai cara  penentuan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah yang di amalkan di Malaysia  dan asas-asas yang digunakan dalam melaksanakan kaedah tersebut.
2. DALIL-DALIL SYARAK MENGENAI PENENTUAN AWAL BULAN RAMADHAN, SYAWAL DAN ZULHIJJAH.
Nas Al-Quran dan Hadis banyak menerangkan panduan menentukan awal bulan atau waktu-waktu terutama dalam melaksanakan ibadat.
a) Firman Allah SW.T Surah Al-Baqarah ayat 189:
| 
 | 
Hadis Rasulullah S.A.W. diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari:
| 
 | 
Pendapat Ulama' Daripada Kitab-kitab Muktabar.
Daripada Kitab Bidayatul Mujtahid dari Juzuk pertama
( muka surat 242-243 ).
( muka surat 242-243 ).
| 
 | 
Berdasarkan  dalil-dalil Al-quran, Hadis dan pendapat ulama' serta kajian astronomi  moden, penyelesaian jalan tengah dengan cara rukyah dan hisab adalah  menjadi pilihan untuk diamalkan di Malaysia kerana ia lebih hampir  kepada kehendak syarak.
3. FAKTOR PERSELISIHAN
3.1)  Punca-punca perselisihan berlaku dari segelintir rakyat Malaysia yang  dikenali dengan kumpulan Islah.Golongan tersebut tidak menerima  pengisytiharan rasmi Hari Raya Korban Kerajaan Malaysia yang telah  diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia pada tahun  2000 dan 2001 Miladiah yang lalu.Golongan tersebut menyambut Hari Raya  Korban berdasarkan pengisytiharan Wukuf di Padang Arafah oleh Kerajaan  Arab Saudi.
3.2)  Perselisihanjuga berlaku kerana terdapat kekeliruan pendapat pada 9  Zulhijjah (Hari Wukuf), sunat berpuasa pada hari tersebut dan ganjaran  pahalanya sama dengan setahun beribadah. Kebanyakan rakyat malaysia  terkeliru dan tidak mengetahui kaedah dan syarat-syarat penetapan awal  bulan Zulhijjah yang digunakan oleh Kerajaan Arab Saudi.
4. RASIONAL DARI SUDUT MATLAK ( TEMPAT TERBIT ) DI MALAYSIA.
4.1)  Kerajaan Arab Saudi menggunakan matlak dengan kaedah rukyah  semata-mata, terbuka kepada semua rakyatnya.Sesiapa yang melihat Hilal  Zulhijjah boleh melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab atau  berkuasa dengan saksi.
Kerajaan  Malaysia menetapkan awal bulan Zulhijjah dengan menggunakan kaedah  rukyah dan hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah dengan mengambil  kira matlak negara-negara MABIMS.Pada 29 Zulkaedah semua tempat cerapan  rasmi sebanyak 26 tempat di seluruh Malaysia akan dicerap oleh Ahli  Jawatankuasa Melihat Anak Bulan dengan menggunakan peralatan moden  seperti teleskop digital dan teodolit.
4.2)  Terdapat perbezaan matlak yang jauh diantara Malaysia dan Arab Saudi.  Perbezaan waktu antara kedua-dua negara ialah lima jam. Oleh itu ketika  Hilal dilihat di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut berada pada  kedudukan 1.25° lebih tinggi di Matla' Malaysia.
4.3)  Bagi rakyat negara Malaysia yang bermazhab Syafie, mereka perlu  memahami bahawa setiap negara di dunia ini mempunyai matla' atau kawasan  lingkungannya sendiri. Oleh itu Malaysia tidak harus mengikut keputusan  cerapan hilal yang dilaksanakan oleh Arab Saudi.
5. HUKUM PUASA DAN MAKLUMAT YANG BERKAITAN
Umumnya,  masyarakt Islam mengetahui adanya puasa sunat pada hari Arafah. Puasa  ini sunat dilakukan oleh mereka yang tidak mengerjakan haji. Pelakunya  dijanjikan dengan ganjaran yang besar sebagaimana sabda Rasulullah  S.A.W.
Daripada Abi Qatadah yang berbunyi :-
| 
 | 
Sekiranya  diteliti, hadis di atas dan dalil yang lain menerangkan kelebihan  mereka yang berpuasa pada hari Arafah. Namun demikian, kita perlu  mengetahui pada waktu bilakah umat Islam di Malaysia dan Arab Saudi dan  juga perbezaan matla'. Kita perlu memilih sama ada berpuasa pada hari  Arafah sebenar di Arab Saudi atau mengikut takwin sebenar kita di  Malaysia. Hukum berpuasa pada salah satu hari tersebut tetap sah.
Faktor  kedudukan geografi dan kesesuaian negara Malaysia menentukan setiap  awal bulan Islam dengan menggunakan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan  kreteria Imkanur rukyah adalah satu perkara yang perlu diambil  perhatian. Konsep penentukan awal bulan Islam adalah berdasarkan kaedah  jangkaan kenampakan anak bulan atau Imkanur rukyah yang mengikut syarat  berikut :-
Ketika matahari terbenam.
a) Ketinggian (altitud) bulan tidak kurang daripada 2°
Dan
b) Jarak lengkok matahari tidak kurang 3°
Atau
c) Ketika matahari terbenam umur bulan tidak kurang daripada 8 jam.
6. ASAS PERTIMBANGAN KEPUTUSAN PERLU DI KEKALKAN.
6.1) Kaedah penetapan Hari Raya Korban mengikut kaedah Hisab dan Rukyah berdasarkan imkanurrukyah sama seperti penetapan awal bulan Ramadhan dan Syawal adalah lebih sesuai untuk diamalkan di Malaysia.

6.2)  Bedasarkan keputusan Majlis Raja-Raja Malaysia dan persetujuan Mufti  seluruh negeri-negeri di Malaysia bagi penetapan awal Zulhijjah seperti  penetapan awal Ramadhan dan awal Syawal dengan melihat anak bulan di  tempat rasmi seluruh Malaysia.
6.3)  Perbezaan zon masa di antara Malaysia dan Arab Saudi adalah jauh selama  (5) lima jam berdasarkan GMT Malaysia (8) lapan jam manakala Arab Saudi  (3) tiga jam.
7. PENUTUP
Amalan  Umat Islam di Malaysia menetapkan awal Zulhijjah dikekalkan dengan  rukyah dan Hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah adalah bertujuan  untuk di selaraskan dengan keputusan negara jiran tetangga iaitu Brunei,  Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS).
Keputusan  ini perlu dikelalkan untuk tujuan keharmonian bagi sesebuah negara dan  tidak perlu mengikut pengisytiharan wukuf Arafah oleh kerajaan Arab  Saudi. Hukum ibadah puasa yang dilakukan tiada terjejas dan ia  melibatkan perkara sunat yang perlu kepada pemahaman terhadap ibadat  tersebut. Semoga dengan risalah kecil ini akan memberi pendedahan kepada  masyarakat agar tidak timbul kekeliruan tentang amalan yang digunakan  di Malaysia pada masa sekarang dan yang akan datang. Wallahua'lam.
Disediakan oleh:
Bahagian Falak Syarie,
Jabatan Mufti Negeri Selangor.
A.W. diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari:Bahagian Falak Syarie,

No comments:
Post a Comment